suria

Janna Nick tunduk kemahuan suami, Dini Schatzman buat rawatan ‘eyelash lifting’

Gelagat pasangan ini di media sosial cukup mencuit hati netizen.

VIDEO TikTok yang dikongsi pasangan selebriti iaitu Janna Nick dan Dini Schatzman ketika melakukan rawatan kosmetik melentikkan bulu mata atau eyelash lifting mencuri perhatian ramai.

Mana tidaknya, netizen terhibur melihat gelagat Dini yang berkeras mahu bulu matanya dilentikkan meskipun dihalang Janna pada awalnya.

Lebih mencuit hati, Dini atau Dini Azan Schatzman, 30, mempamerkan aksi merajuk sebagai tanda protes selepas permintaannya tidak dipenuhi.

Copy of Untitled - 2024-09-04T155434.069

Janna akhirnya tunduk dengan permintaan Dini mahu lentikkan bulu mata.

"Hari ini kami nak buat eyelash lifting. Bukan awak (Dini) tetapi saya yang nak buat!

"Lepas itu nak merajuk protes bila kita tak bagi," katanya.

Janna berkongsi perkara itu menerusi hantaran video di laman TikTok miliknya pada Rabu.

Tunduk dengan kemahuan suami, Janna atau Nurul Jannah Muner, 28, bagaimanapun akhirnya membenarkan Dini melakukan rawatan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick dan Dini Schatzmann sah suami isteri dengan sekali lafaz, nikah di Pulau Langkawi

ARTIKEL BERKAITAN: Suami nampak lembut tapi sebenarnya tegas, Janna Nick sensitif lelaki kasar... “Dia lebih feminin dari saya”

Malah, pelakon itu turut memuji wajah kacak suaminya setelah melentikkan bulu mata.

"Okay, saya bagi awak buat eyelash lift, janji!

"Cantiknya bulu mata dia (Dini), okaylah dia dah gembira balik," jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dengan tindakan Dini benar-benar melentikkan bulu matanya.

Copy of Untitled - 2024-09-04T155749.143

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Jun tahun lalu.

"Weh dia betul-betul buat eyelash lifting.

"Tak sangka dia buat betul-betul lash lift, lentik sangat!" komen netizen.

Untuk rekod, Janna dan Dini mendirikan rumah tangga pada 10 Jun tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain