suria

Anna Jobling tiada masalah jadi duyung, rupanya atlet renang pernah wakil Selangor - “Skill masih ada”

Kemahiran Anna dalam berenang akan digunakan dalam penggambaran filem Duyung Lagenda Aurora.

PELAKON Anna Jobling tidak mempunyai masalah melakonkan watak sebagai duyung menerusi filem terbaharu Duyung Lagenda Aurora tak lama lagi.

Anna atau Anna Ellisa Gustin, 24, berkata, walaupun sudah lama tidak berenang namun dia akan menggunakan pengalaman mewakili Selangor dalam sukan berkenaan bagi menjayakan watak tersebut.

"Saya memang atlet renang. Dulu saya wakil Selangor ketika usia 17 tahun sebelum aktif dalam industri seni.

size NP 1 - 2024-09-04T121935.326

Anna pernah mewakili Selangor dalam sukan renang.

"Bila dah masuk industri pula saya sudah tiada masa. Tapi skill itu masih ada!

"Jadi tiada masalah untuk berlakon dalam air tambah pula saya juga boleh diving," katanya kepada mStar.

Anna berkongsi perkara itu pada sidang media Filem Duyung Lagenda Aurora di Wetlands Studios Putrajaya pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling gemuruh bergandingan dengan Maya Karin, ada sebab sekual ‘Duyung’ dihasilkan selepas 16 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Anna Jobling habiskan masa 2 jam bertemu Puteri Ameerah, masih tak percaya anak Sultan Brunei peminatnya

Sementara itu, Anna memasang niat agar kulitnya berubah menjadi sawo matang atau tanned ketika penggambaran berjalan di Pulau Payar, Langkawi selama dua minggu.

Malah pelakon drama Syurga Itu Bukan Mudah berkata dia tidak kisah untuk berjemur di tengah panas kerana berlakon adalah minatnnya.

"Saya nak kulit tanned sebenarnya, jadi memang tak sabar nak mulakan penggambaran.

size NP 1 - 2024-09-04T122014.941

Anna teringin kulitnya berubah jadi sawo matang.

"Tapi kulit saya ni susah nak jadi tanned sebab kulit akan merah dulu macam sunburn.

"Yang pasti saya tak kisah berjemur di tengah panas sewaktu penggambaran Duyung nanti," jelasnya.

Selain Anna, pelakon lain yang membintangi filem Duyung Lagenda Aurora ialah Maya Karin, Saiful Apek, Ayie Floor 88, Yasmin Hani, Yassin Senario, Datuk Yusry Abdul Halim, Nadia Brian, Kumpulan Zero, Aniq Aqil dan Aidilia Hilda.

Filem berkenaan akan memulakan penggambaran pada 13 September hingga 13 Oktober 2024 dan dijangka menemui penonton pada suku tahun ketiga 2025.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain