PERKONGSIAN video mukbang dimuat naik Datin Atikah Suhaime menarik perhatian ramai sehingga timbul spekulasi pelakon kelahiran Singapura itu sedang berbadan dua. Mana tidaknya, Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime, 33, mendedahkan dia mengalami alahan teruk terhadap makanan yang mengandungi bawang atau bawang putih. Malah, keadaannya yang kurang sihat sejak kebelakangan ini menyekat dia untuk merakam lebih banyak video mukbang buat peminat. Atikah memberitahu berkenaan alahannya menerusi perkongsian di TikTok. "Maaf kalau anda tertunggu-tunggu video mukbang, saya memang tak boleh makan bawang dan bawang putih buat masa sekarang. "Saya tak boleh bau bawang putih. Bau saja muntah. Sejak akhir-akhir ini, mual-mual makin teruk," katanya. Atikah menjelaskan perkara itu menerusi hantaran video di laman TikToknya pada Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Terasa kerdil bawa gelaran Datin, Atikah Suhaime sedang biasakan diri... “Kalau kawan-kawan tak payah panggil” ARTIKEL BERKAITAN: Dahlia disangka hamil gara-gara foto raya nampak ‘baby bump’, Imran Aqil mohon jaga sensitiviti isteri... “Ini dia dah ajak pergi gym” Dalam pada itu, Atikah turut berjanji untuk menghasilkan video memasak dan makan apabila kesihatannya semakin pulih. "Nantilah bila dah kurang rasa mual-mual, saya akan buat balik video masak dan makan. "Buat masa sekarang, sandwich yang kering dan tak banyak garamlah terpaling sedap dalam dunia," jelasnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen membuat andaian bahawa pelakon itu mengalami alahan teruk kerana hamil. Atikah mendirikan rumah tangga bersama Lokman pada Januari lalu. "Pasti mengandung ini, macam saya bab bawang memang sama. Alhamdulillah! "Rasanya Tika mengandung, kalau betul syukur. Moga dipermudahkan urusan," komen netizen. Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Lokman Teh pada Januari lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!