SELEPAS hampir lima bulan mendirikan rumah tangga, penyanyi Syasya berkongsi khabar gembira dirinya kini hamil anak sulung. Syasya atau Nursyasya Afiqah Shahrizal, 23, memaklumkan berita gembira itu dengan memuat naik beberapa gambar petunjuk termasuk foto bersama suami Nasrullah Mohd Sapie. Dalam beberapa keping gambar yang dikongsi tertera poster yang menunjukkan 'baby Emon is on the way'. Syasya ada cara tersendiri kongsi kehamilan. Selain itu mereka juga dilihat memegang poster tertulis 'iya kami bakal dapat anak'. Sementara itu menerusi ruangan kapsyen, Syasya secara ringkas mengucap syukur atas kehamilan tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Nampak ‘baby bump’ ketika bersanding, Syasya belum hamil... Berat badan naik sebab bahagia ARTIKEL BERKAITAN: [V] Suami Syasya rupanya kawan baik abang, barang kemas RM5 juta curi perhatian "Alhamdulillah," tulisnya. Untuk rekod Syasya dan Nasrullah disatukan dalam upacara akad nikah pada 20 April lalu. Sebelum itu Syasya juga mengejutkan ramai peminat apabila dia memaklumkan pengunduran daripada kumpulan Dolla. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!