suria

Anna Jobling gemuruh bergandingan dengan Maya Karin, ada sebab sekual ‘Duyung’ dihasilkan selepas 16 tahun

Anna gemuruh nak berlakon jadi anak Maya dalam filem Duyung Lagenda Aurora.

PELAKON Anna Jobling tidak dapat menyembunyikan perasaan gemuruh apabila diberi kepercayaan memegang watak utama dalam filem sekual Duyung iaitu Duyung Lagenda Aurora.

Perasaan itu bertambah kuat apabila Anna atau Anna Ellisa Gustin, 24, akan bergandingan dengan aktres Maya Karin yang sebelum ini memegang watak utama dalam Duyung yang ditayangkan pada 2008.

“Saya gemuruh sebab filem ini adalah karya kedua francais Duyung yang pernah menjadi fenomena ketika ia ditayangkan 16 tahun lalu.

NP-189

Anna memegang watak sebagai Aurora dalam filem Duyung Lagenda Aurora.

“Diberi tanggungjawab memegang watak anak kepada Maya Karin sangat besar apatah lagi karakter tersebut sangat berat,” katanya kepada mStar.

Anna berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media filem Duyung Lagenda Aurora yang diadakan di Wetlands Studios Putrajaya pada petang Selasa.

Sementara itu, pengarah dan penulis skrip filem tersebut iaitu Datuk Prof. Dr. A. Razak Mohaideen berkata, sekarang adalah masa tepat untuk menerbitkan kesinambungan naskhah Duyung.

Tambah Razak, selain menggabungkan pelakon lama dan baharu, istimewanya filem ini akan menjalankan penggambaran di 22 lokasi berbeza.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Anna Jobling habiskan masa 2 jam bertemu Puteri Ameerah, masih tak percaya anak Sultan Brunei peminatnya

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya sehari buat uji bakat, Baim Wong pilih Anna Jobling berlakon filem ‘Lembayung‘

“Sejak mencapai kutipan box office tertinggi tayangan filem Duyung pada 2008, ramai bertanya tentang kesinambungan filem ini dan pihak kami merasakan sekarang ini adalah masa sesuai membuat sekuel.

“Filem ini akan mengadunkan pelakon lama dan baru. Disamping mengetengahkan Anna Jobling sebagai anak duyung, terdapat juga watak duyung lelaki yang mewarnai jalan ceritanya.

“Filem ini memaparkan 22 buah lokasi secara keseluruhan di Pulau Langkawi dan sekitar Pulau Paya, selain penggambaran di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya,” jelasnya.

NP-188

Maya antara barisan pelakon dalam filem Duyung Lagenda Aurora.

Filem Duyung Lagenda Aurora merupakan terbitan KRU Studios dengan kerjasama 8 Bit Studio dan Primeworks Studios bakal memulakan penggambaran pada 13 September hingga 13 Oktober 2024.

Filem ini dijangka menemui penonton di pawagam pada suku tahun ketiga 2025.

Selain Anna dan Maya, pelakon lain yang membintangi filem ini ialah Saiful Apek, Ayie Floor 88, Yasmin Hani, Yassin Senario, Datuk Yusry Abdul Halim, dan Nadia Brian, Kumpulan Zero, Aniq Aqil, dan Aidilia Hilda.

Untuk rekod, filem Duyung pernah memenangi Anugerah Khas Box Office di Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM 21) pada 2008.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain