suria

[V] Dakwaan kembali ke pangkuan bekas kekasih tak betul, Sufian Suhaimi belum ‘give up’ cari pengganti

MENGAKUI dirinya masih belum berpunya, penyanyi Sufian Suhaimi menafikan dakwaan hubungan dia bersama bekas kekasih yang dikenali sebagai Rania sudah kembali berbaik.

Menurut Sufian, 32, video yang tular menunjukkan mereka bersama sebelum ini adalah rakaman lama yang kembali menjadi bualan di media sosial.

Tambahnya meskipun bukan lagi bergelar kekasih, dia dan Rania masih mengekalkan huubungan baik sebagai sahabat.

sufian suhaimi 2

Sufian masih kekalkan hubungan baik denga bekas kekasih.

"Itu video lama dan apa yang pernah saya kongsikan sebelum ini juga masih sama.

"Cuma kami baik-baik sahaja, tiada sebarang drama. Hubungan kami lebih baik sebagai kawan. Kami ada berkomunikasi sekiranya ada keperluan," katanya kepada mStar.

Sufian ditemui ketika sidang media program The Chosen One yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dah pulang cincin risik, hubungan Sufian Suhaimi dengan kekasih sudah berakhir

ARTIKEL BERKAITAN: Baru merisik belum bertunang, Sufian Suhaimi mahu cepat kahwin tapi belum ada tarikh

Ketika bertemu media sebelum ini Sufian mendedahkan hubungan istimewa dia dan Rania sudah berakhir selepas dia menghantar rombongan merisik pada Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun selepas kisah hubungan berakhir timbul pula video memperlihatkan mereka bersama sehingga ada yang mendakwa mereka kembali bersama.

Dalam masa sama, Sufian juga tidak menganggap kegagalan dalam percintaan sebelum ini membuatkan dia berputus asa mencari teman wanita baharu.

Saya perlu sibukkan diri untuk perkara yang boleh beri manfaat kepada orang lain

SUFIAN SUHAIMI

PENYANYI

"Tidak rasa apa yang terjadi sebelum ini sebagai alasan untuk saya give up. Saya masih mencari rezeki, bukan sahaja wang ringgit tapi juga kawan dan pasangan yang baik. Kalau gagal cuba lagi.

"Sekarang ini belum berjumpa yang sesuai. Kerja pun banyak. Saya perlu sibukkan diri untuk perkara yang boleh beri manfaat kepada orang lain," jelasnya.

Sementaa itu bercakap tentang penglibatan dalam The Chosen One, Sufian meluahkan rasa teruja kerana diberi kepercayaan sebagai salah seorang jurulatih bagi peserta cilik program berkenaan.

sufian suhaimi 3

Sufian bersama barisan artis yang terlibat dalam The Chosen One.

"Ada juga tertanya boleh atau tidak saya terlibat. Saya rasa ini adalah platform terbaik untuk kongsi apa yang saya tahu.

"Bila dapat tawaran ini ada rasa bangga dan terharu. Saya juga melihat ramai rakan-rakan artis yang mula mainkan peranan sebagai pengajar dan bukan menyanyi semata-mata," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain