suria

“Artis lain buat juga” - Zarina Anjoulie tak bangga bedah hidung, mahu jadi tempat rujukan pengikut

Ada sebab Anju terbuka berkongsi kisah pembedahan hidung.

TERBUKA berkongsi pengalaman melakukan pembedahan pada bahagian hidung, ramai menganggap pelakon Zarina Anjoulie berbangga mengubah ciptaan yang dilarang agama.

Zarina atau mesra disapa Anju, 37, berkata, menjelaskan tujuannya hanya berkongsi ilmu yang mungkin bermanfaat kepada pengikut di media sosial.

Malah pelakon ini juga menegaskan tidak pernah berbangga melakukan sesuatu perkara yang dianggap sebagai dosa.

553 (33)

Anju berkongsi pengalaman jalani prosedur pembedahan hidung.

"Bukan bangga buat dosa. Cara pendekatan saya dengan pengikut berbeza. Kalau ada apa-apa jadi pada pengikut di masa akan datang mereka boleh rujuk saya.

"Orang anggap saya bangga buat dosa. Itu adalah content untuk wujudkan kesedaran," katanya.

Anju menjelaskan perkara itu dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman sosial miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen lebih suka hidung lama, Zarina Anjoulie dibayar jalani pembedahan - “Tolong faham ini punca rezeki saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Zarina Anjoulie buat pembedahan di Vietnam, buang benjolan pada batang hidung

Sebelum ini pelakon berkenaan mendedahkan melakukan pembedahan hidung di Vietnam bagi 'membakiki' benjolan pada batang hidung.

Tambahnya juga dia tidak mahu bersikap hipokrit dan berselindung di sebalik tindakan itu.

553 (32)

Perubahan pada fizikal Anju menjadi bualan ramai.

"Dari dulu lagi, apa saya buat saya akan tunjuk. Saya sedut lemak pun saya tunjuk. Tiada apa yang mahu saya sorok.

"Artis lain pun buat juga tapi mereka sorok," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain