PELAKON Azhan Rani memuji kredibiliti dan sikap profesional aktres Sharifah Sakinah yang dianggap sebagai heroin paling mudah memberi kerjasama. Azhan, 48, turut meluahkan rasa kagum terhadap Sakinah yang berjaya memberi penghayatan ketika membawa watak berat dalam drama arahan Eyra Rahman berjudul Wok. Azhan juga kata Sakinah tidak pernah merungut walaupun berdapan banyak cabaran dalam menjayakan watak seorang wanita malang dan penuh dugaan. Sakinah membuktikan kredibiliti membawa watak berat. "Aku jarang nak puji orang tapi dia buat aku hormat sungguh cara dia bekerja. Seberat mana pun watak, dia bawa untuk mudahkan kerja orang lain. Tak payah berlagak diva walaupun heroin. "Sekalipun tak pernah dengar dia merungut walau badan sakit, tangan calar-balar. Apa lagi mempertikaikan kerja pengarah. Dia buat tanpa banyak songeh. Senang kerja dengan dia," katanya. Azhan menulis perkara tersebut di Instagram miliknya pada Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Khunsa takdir pahit tapi wujud, Azhan Rani soal kalau jadi pada keluarga sendiri - “Nak kena jadi bingung ke? ” ARTIKEL BERKAITAN: Kali keempat berjaya tawan Kinabalu, Azhan Rani diuji penyakit akut gunung Bercakap lanjut Azhan juga menyifatkan Sakinah sebagai seorang yang cukup berdisiplin selain menepati waktu penggambaran. Malah komitmen Sakinah juga dibuktikan apabila dia mula datang ke lokasi dalam keadaan bersiap sebagai karakter Wok dalam drama berkenaan. Azhan dan Sakinah bergandingan dalam drama Wok. "Bagilah call time pukul berapa pun dia akan tiba di set. Tidak semak dalam group WhatsApp beritahu lambat. Tak toksik huru-harakan orang lain dalam team kerja. "Hari pertama jumpa di set aku tak kenal dia. Dia datang dalam karakter dengan rambut selekeh, tiada make-up cantik, baju lusuh ikut watak yang dibawa," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!