suria

Sara Mack Lubis tinggalkan kerjaya peguam, sanggup ambil cuti tanpa gaji untuk berlakon

Sara sudah berhenti kerja sebagai peguam sejak Ogos lalu.

PELAKON Sara Mack Lubis memberitahu dia sudah meninggalkan karier sebagai peguam sejak Ogos lalu.

Kata Sara, 28, dia kini sudah beralih bidang dengan bekerja di syarikat berkaitan kerajaan atau government linked investment companies (GIC).

"Saya dah tidak menjadi seorang peguam sejak beberapa minggu lepas, sekarang saya bekerja di GIC," katanya kepada mStar.

size NP 1 - 2024-09-02T201149.313

Sara (kiri) dalam drama bersiri The Secret.

Dalam pada itu, Sara sempat berkongsi cerita pernah menggunakan cuti tahunan dan cuti tanpa gaji selama setahun ketika bekerja di sebuah firma guaman.

Malah majikannya memahami minat Sara terhadap dunia lakonan dan sentiasa memberi sokongan dengan menonton drama lakonannya.

"Dulu masa saya masih bekerja di firma guaman, saya dapat tawaran berlakon dan watak yang saya suka, saya akan minta cuti tahunan atau cuti tanpa gaji.

"Tapi walaupun bercuti saya masih bekerja sebab ada 'give and take' antara saya dan bekas majikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Setiap watak ada motif tersendiri, Viu Original The Secret buat penonton berteka-teki - “Ia sangat twisty”

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Saleha jarang buat ‘live’ media sosial, tak mahu lokasi diketahui... Bimbang ada penonton berniat jahat

"Dia faham situasi saya dan berikan sokongan dengan menonton semua cerita lakonan saya," jelasnya.

Sementara itu, Sara memberitahu suaminya iaitu Imran Izam Shah tidak pernah meletakkan apa-apa syarat untuk dia bergelar seorang pelakon.

"Suami sokong sahaja minat saya berlakon dan kami sudah bersama sejak sekolah menengah lagi.

"Jadi kami dah lalui banyak fasa bersama dan dia sangat mengenali saya serta sering beri galakkan pada saya.

size NP 1 - 2024-09-02T201139.603

Suami sentiasa menyokong minat Sara.

"Dia juga tak pernah letak syarat untuk saya berlakon asalkan saya okay dengan skrip dan karakter yang diberi," ujarnya.

Untuk rekod, Sara mendirikan rumah tangga dengan Imran pada Februari tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Sara tampil dengan drama bersiri baharu terbitan Viu Original berjudul The Secret yang sudah ditayangkan menerusi platform penstriman Viu pada 22 Ogos lalu.

Selain Sara, pelakon yang membarisi drama berkenaan ialah Siti Saleha, Datuk Remy Ishak, Ucop, Nadiya Nisaa, Amir Nafis, Fatimah Abu Bakar dan Lorenzo.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain