suria

Abang Tesla sanggup bersujud minta maaf, merayu netizen henti kecam dua isteri - “Semua salah saya”

Khal tidak mahu kesihatan mental kedua-dua isterinya terganggu.

PERSONALITI media sosial Abang Tesla merayu netizen berhenti mengecam kedua-dua isterinya iaitu Nurmajdina Jamari dan Nursyafiqa Mohd Hanafi.

Abang Tesla atau Muhammad Khal IItizam Yusry, 29, meminta orang ramai tidak menyerang mereka kerana semua kekecohan yang berlaku berpunca daripadanya.

“Saya harap netizen kalau nak serang melemparkan kata-kata kesat boleh lemparkan pada saya sahaja.

NP-179

Khal merayu segala kecaman dilemparkan padanya sahaja.

“Semua salah datang daripada saya dan jangan serang isteri kedua sebab dia dalam pantang lagi.

“Teruskan memberi kata-kata yang positif kepada Majdina (isteri pertama),” katanya.

Khal berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instastory miliknya pada Isnin.

Dalam pada itu, Khal memberitahu dia sanggup bersujud memohon maaf kepada mereka yang berasa sakit hati dengan perbuatannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sorok kelahiran anak sulung, Abang Tesla bengang ada pihak cuba laga-lagakan dua isteri

ARTIKEL BERKAITAN: “Sikit-sikit viralkan laki sendiri” - Abang Tesla puji isteri pertama, banyak mengalah tutup aib suami

Malah Khal akan lakukan apa sahaja demi menjaga kesihatan mental kedua-dua isterinya.

“Saya merayu untuk serang saya sahaja. Saya betul-betul merayu lemparkan kesalahan tu pada saya sahaja.

“Saya sanggup bersujud untuk minta maaf kalau saya menyakitkan hati kalian.

“Saya sanggup buat apa sahaja, janji korang tak ganggu mental mereka berdua,” jelasnya.

NP-181

Isteri kedua Khal sedang berpantang.

Sebelum ini, Khal meluahkan rasa bengang selepas berita isteri keduanya selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka tular.

Pada Ogos tahun lalu, nama Khal menjadi bualan hangat netizen selepas memuat naik video di aplikasi TikTok mengumumkan dia sudah berkahwin dua.

Bagaimanapun, perkahwinan keduanya itu mendapat restu isteri pertama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain