suria

Andi Bernadee janji tak hilang lagi, mahu buat showcase untuk peminat... Syukur nama masih dikenali

Andi mahu terus hiburkan peminat.

JARANG membuat perkongsian di sosial media dan lama tidak muncul dengan lagu baharu, penyanyi Andi Bernadee bagaimanapun yakin dia masih diterima baik dalam kalangan peminat muzik.

Bagi Andi atau Andi Azrul Andi Mapangile, 33, biarpun kini semakin ramai artis baharu yang memberi saingan namun itu bukanlah kayu ukur untuk menentukan nilai relevan seseorang penggiat seni.

"Rasanya setakat ini masih okey lagi. Tidak pernah pula apabila muncul membuat persembahan atau pergi ke mana-mana orang tidak kenal siapa Andi Bernadee.

andi 3

Andi kini bernaung di bawah syarikat UMM.

"Bagi saya itu sudah cukup memadai sebagai seorang artis. Orang masih menghargai kehadiran saya apabila membuat persembahan.

"Kemunculan artis baharu sekarang ini adalah satu perkara yang sangat baik. Mereka ada pengikut tersendiri dan kita terima mereka dengan hati terbuka," katanya kepada mStar.

Andi kini memulakan fasa baharu kerjaya nyanyi bersama syarikat rakaman Universal Music Malaysia (UMM) selepas menandatangai kontrak bersama sejak 28 Ogos lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak lagi kongsi hal peribadi di IG, Andi Bernadee trauma berdepan penyakit misteri... Enggan undang perkara negatif

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Terkena buatan orang dan ditipu buat Andi Bernadee mahu tinggalkan dunia seni, masih dalam proses ‘healing’

Bersama UMM, Andi mengharapkan perjalanan karier lebih lancar selain mengidamkan sebuah showcase sendiri selepas lebih 10 tahu berkecimpung dalam dunia seni.

"Ini adalah fasa baru untuk berubah angin. Saya melihat bersama UMM kita ada perancangan hala tuju yang lebih baik.

"Selain lagu dan album baru, saya juga mahukan showcase sendiri. Sejak bergelar artis belum ada kesempatan nak buat persembahan solo," ujarnya.

andi 1

Andi mahu lebih memberi fokus kepada kerjaya nyanyian.

Dalam masa sama, penyanyi juga memberitahu dia mahu mahu lebih memberi fokus kepada perancangan kerjaya nyanyian dan tidak menerima tawaran berlakon.

Andi juga berjanji perubahan fasa baharu ini menjadi tanda dirinya tidak akan hilang dalam radar seni.

"Saya yang tetapkan tahun ini untuk fokus pada kerjaya nyanyian sebab sebelum ini banyak terlibat sebagai pelakon.

"Saya mahu jadi diri saya semula dengan lebih matang," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain