suria

Amir Masdi belum sedia bercinta, bukan masa sesuai untuk ada kekasih

Amir hanya mahu fokus kerjaya nyanyian.

SIBUK dengan kerjaya seni, penyanyi Amir Masdi memaklumkan dia masih belum bersedia mencari pasangan hidup dalam masa terdekat.

Enggan terburu-buru memikirkan soal cinta, Amir atau Amir Syazwan Masdi, 27, memberitahu fokusnya kini hanya mahu mengukuhkan nama dalam industri serta menyiapkan album terbaharu.

"Sekarang saya belum bersedia untuk mempunyai kekasih kerana nak fokus siapkan album dahulu.

Copy of Untitled - 2024-09-02T163523.513

Amir enggan fikir soal cinta.

"Hari-hari saya pun memang dipenuhi dengan kesibukan kerja, proses pembikinan lagu baharu dan menghadiri jemputan persembahan," katanya kepada mStar.

Meskipun belum bertemu wanita yang sesuai untuk dijadikan calon isteri, Amir bagaimanapun tetap membuka pintu hatinya untuk berkawan dengan sesiapa pun.

Malah, dia tiada sebarang tekanan untuk menjalinkan hubungan serius memandangkan sekarang bukanlah waktu yang terbaik.

ARTIKEL BERKAITAN: Luahan sedih undang kebimbangan, Amir Masdi masih tenang minta peminat bersabar

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Masdi bukan anggota tetap, tak campur kemelut Search

"Saya selesa berkawan dengan sesiapa saja. Setakat ini, kalau ada yang cuba nak mendekati, saya tidak tahu niat mereka.

"Saya terfikir, kalau saya ada kekasih pun... ia bukan masa yang terbaik.

"Saya memang nak fokus seratus peratus pada kerja saya dan mungkin selepas album siap baru saya fikir tentang itu," jelasnya.

Copy of Untitled - 2024-09-02T163615.560

Amir bakal tampil dengan album terbaharu.

Dalam perkembangan lain, Amir bakal tampil dengan sebuah album kedua berjudul AM:PM hasil ciptaannya bersama komposer terkenal Edry Abdul Halim.

Lebih menarik, Amir sanggup terbang ke Manchester, London bagi merakam lagu dan muzik video bagi album berkenaan.

Album yang memuatkan 12 buah lagu ini bakal menemui peminat pada 12 Oktober depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain