ISTERI kedua kepada personaliti media sosial Abang Tesla selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka di sebuah pusat perubatan. Dalam meraikan kegembiraaan, Abang Tesla atau Muhammad Khal Iltizam Yusry, 29, turut meluahan rasa kesal dengan tindakan segelintir pihak menyebarkan berita kelahiran bayi itu tanpa pengetahuannya. Khal berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram pada malam Ahad. "Bini saya tengah dekat hospital. Saya tak tahu macam mana nak buat lagi. Saya dah sorokkan tentang kelahiran anak saya. "Tapi orang luar yang muat naik kat media sosial dan menyampaikan sana-sini," katanya menerusi satu hantaran di Instastory pada malam Ahad. Abang Tesla bagaimanapun tidak berkongsi lanjut berkenaan kelahiran cahaya matanya itu. ARTIKEL BERKAITAN: “Biar bini-bini nombor satu pergi”... Abang Tesla hantar isteri pertama tunai umrah bersama Misya, nasihat Aslam terus kuat ARTIKEL BERKAITAN: “Sikit-sikit viralkan laki sendiri” - Abang Tesla puji isteri pertama, banyak mengalah tutup aib suami Dalam pada itu, Abang Tesla memberitahu dia merahsiakan berita gembira itu kerana mahu menjaga hati isteri pertamanya iaitu Nurmajdina. Malah, dia mendedahkan ada pihak cuba melaga-lagakan dua isterinya itu dengan melemparkan pelbagai tuduhan jahat. "Saya harap jangan buat fitnah yang bukan-bukan, saya dah tutup mulut ketat-ketat untuk jaga hati masing-masing. Khal sedaya upaya menjaga hati isteri-isterinya. "Disebabkan perkongsian orang ini, isteri kedua saya dituduh untuk bolot harta. Saya tak tahu kenapa perlu menaip macam ini?" ujarnya. Pada Ogos tahun lalu, nama Khal menjadi bualan hangat netizen selepas memuat naik video di aplikasi TikTok mengumumkan dirinya sudah berkahwin dua. Bagaimanapun, perkahwinan keduanya itu mendapat restu isteri pertama. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!