suria

Artis senior kerja lebih masa, pandu kereta sendirian ke lokasi penggambaran... Hafreez Adam bimbang keselamatan mereka

Hafreez khuatir kebajikan dan keselamatan pelakon vateran.

PRIHATIN dengan nasib pelakon senior, aktor Hafreez Adam meluahkan kebimbangannya terhadap keselamatan mereka yang terpaksa bekerja lebih masa di set penggambaran.

Kata Hafreez atau Hafreez Adam Aizat Zahalan, 34, dia khuatir sekiranya berlaku perkara tidak diingini memandangkan kebanyakan pelakon veteran memandu kenderaan sendiri ke lokasi penggambaran.

“Kebanyakan pelakon senior datang ke set memandu kereta sendiri, bayangkan mereka sebaya mak dan ayah kita datang awal ke set. Tapi penggambaran belum mula sebab kena tunggu yang lain datang lambat.

Copy of Untitled - 2024-09-01T164808.523

Hafreez berharap ada peraturan khusus berkenan tempoh masa berkerja.

“Bila penggambaran mula lambat, jadi habis pun lewat dan terpaksa kerja lebih masa. Bahaya juga sebab mereka pulang sendirian. Jadi, kebajikan mereka perlu kita ambil kira.

“Setiap manusia perlukan rehat cuma perhatian perlu kita lebihkan sedikit kepada mereka,” katanya kepada mStar.

Hafreez mengulas berkenaan perkongsian pelakon Norlia Ghani yang menegur tindakan segelintir penerbit mengerah tenaga artis veteran menjalani penggambaran sehingga 12 jam sehari.

Justeru itu, Hafreez berharap wujud kata sepakat daripada pihak berwajib untuk memperkenalkan undang-undang khusus melibatkan jam kerja artis.

ARTIKEL BERKAITAN: Raja Azura puji lakonan Hafreez Adam dah tak ‘kayu’, sedia turun ilmu kepada pelakon baru yang tidak sombong

ARTIKEL BERKAITAN: Melukis beri kepuasan kepada Hafreez Adam, tak sangka ramai berminat buat tempahan sehingga jana pendapatan

“Saya tidak salahkan produksi kerana faham mereka juga mengejar tarikh akhir penggambaran. Contohnya saya pernah jalani penggambaran hari ini, sebab kena kejar tarikh tayangan minggu hadapan.

“Jadi mahu atau tidak, memang kena buat. Sangat ‘sakit’ sampai kami pun para pelakon hanya tidur dalam set sahaja.

“Tapi benda ini perlu dibincangkan antara persatuan untuk cari jalan penyelesaian. Perkara ini penting sebab kita bukan kerja untuk mati, tapi mahu kerja untuk hidup,” katanya.

Sebelum ini, Norlia meluahkan kekesalan berkenaan jadual kerja tidak tetap membuatkan artis berdepan kesakitan akibat kurang rehat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain