PENDAKWAH bebas Da'i Fuad meluahkan rasa simpati dengan nasib menimpa rakannya iaitu Da'i Syed yang dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan pada Jumaat lalu. Mendengar keputusan serta hukuman dihadapi Syed turut membuatkan air mata Fuad, 29, sebagai rakan gugur. "Isu Syed, sebagai rakan Da'i saya terkelu lidah dan rasa tidak menentu serta serba salah hari ini (semalam). "Menitik juga air mata ketika terdengar berita hukuman berkenaan tersebar sebelum solat Jumaat. Ujian ini bukan sahaja untuk dia tetapi kami semua. Kami mohon maaf," katanya. Syed didapati bersalah selepas perbicaraan kes jenayah rogolnya selesai dibicarakan. Fuad berkongsi perkara itu menerusi satu ciapan di aplikasi X. Tambah Fuad, segala yang berlaku sama ada baik mahupun buruk sudah tertulis atas kuasa Allah SWT. Malah dia merayu agar kecaman terhadap Syed dihentikan kerana pendakwah itu sudah menerima hukuman hasil perbuatannya. "Sebagai orang yang beriman kepada aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah kita berpegang bahawa takdir baik dan buruk itu semuanya di atas kekuasaan Allah. ARTIKEL BERKAITAN: Hana Ismail reda suami terima hukuman, mohon doa untuk kuat hadapi ujian ARTIKEL BERKAITAN: Da'i Syed dihukum penjara 10 tahun, tiga sebatan kerana merogol... Isteri sedang berpantang menangis dengar keputusan "Rayu saya agar cukuplah polemik ke atas Syed. Jika kita inginkan keadilan maka keadilan sudah pun berlaku. Ia sudah cukup sakit," jelasnya. Dalam pada itu, Fuad berkata, dia sedar mangsa kes tersebut perlu melalui pengalaman yang berat dan tidak mudah seseorang wanita mampu meneruskan kehidupan selepas melalui pengalaman hitam seperti itu. Malah pendakwah itu menitipkan doa agar mangsa tersebut diberikan kekuatan untuk teruskan kehidupan seperti biasa. "Buat mangsa kes ini saya juga turut bersimpati diatas pengalaman berat yang dilalui mereka. Tidak mudah untuk seorang wanita meneruskan kehidupan setelah melalui keadaan yang sukar ini. Menitik juga air mata ketika terdengar berita hukuman berkenaan tersebar DA'I FUAD PENDAKWAH BEBAS "Semoga Allah memberikan kekuatan buatmu untuk menghadapi kehidupan yang berat dan mencabar." katanya. Sementara itu, Fuad turut meluahkan rasa kasihan terhadap isteri dan anak Syed kerana perlu meneruskan hidup dengan dugaan yang sangat berat. "Kasihanilah juga isteri (Hana Ismail) dan anaknya yang harus menghadapi rintangan hidup yang berat ini. Apatah lagi jika mereka perlu hidup tanpa pelindung. "Keadaan ini adalah ruang untuk kita semua bermuhasabah dan sedar bahawa setiap daripada kita bila-bila masa sahaja akan diuji. Fuad minta netizen berhenti mengecam isteri dan anak Syed. "Semoga Allah tidak menguji kita semua dengan ujian yang berat," ujarnya. Pada pagi Jumaat lalu, Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohd Syaiful, 29, dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu. Untuk rekod, Syed mendirikan rumah tangga dengan Hana pada 3 Disember 2022. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata Bernama Sharifah Fatma Nour Jamalullail pada 14 Ogos lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!