suria

Raihan dapat layanan VVIP di luar negara, disambut dengan limosin dan hotel 5 bintang

Che Amran memberitahu Raihan diasambut baik peminat luar negara.

LAYANAN bak bintang ternama, kumpulan Raihan meluahkan rasa syukur diterima baik oleh peminat luar negara setiap kali dijemput membuat persembahan.

Kata anggotanya, Che Amran atau Che Amran Idris, 56, pengalaman dan layanan mewah yang disediakan dari pihak negara lain termasuk Eropah cukup berbeza.

"Sebenarnya kami suka pergi luar negara kerana sambutan dan suasananya lain.

Copy of Untitled (93)

Raihan menyifatkan mereka sebagai wakil Malaysia.

"Mereka anggap kami artis atasan, dibawa naik limosin, hotel lima bintang dan layanan VVIP. Apa yang mereka sediakan lebih daripada cukup buat kami," katanya kepada mStar.

Raihan berkongsia perkara itu menerusi ketika ditemui di siding media Konsert Beyond Borders Kita Sama yang berlangsung di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

Selain Che Amran, kumpulan Nasyid lagenda itu turut dianggotai Abu Bakar Yatim dan Amran Ibrahim.

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Satar sebak nyanyi semula lagu Raihan, teringat zaman kanak-kanak... Syukur dapat kumpul saham akhirat

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli nasyid juga manusia biasa, Raihan minta jangan cepat hukum Yasin Sulaiman

Dalam pada itu, Che Amran menyifatkan layanan istimewa yang diberikan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan negara tersebut kepada Raihan.

"Kami anggap layanan itu penghargaan sebagai wakil Malaysia dan nama Raihan sendiri...mereka tak ambil mudahlah.

"Dari segi bayaran, kami letakkan harga atau mereka ada bajet sendiri. Selalunya mereka setuju saja jika kami letak harga, tiada tawar-menawar," kongsinya.

Mereka anggap kami artis atasan, mereka tak ambil mudahlah.

CHE AMRAN

VOKALIS RAIHAN

Bercerita mengenai pengalaman menjayakan konsert di luar negara, Che Amran berpendapat aura dan keunikan Raihan membuatkan mereka disambut baik peminat.

Tambah vokalis itu, karya mereka mampu menyuntik rasa keinsafan dalam diri penonton meskipun lagu yang dipersembahkan ringkas sahaja.

"Contoh persembahan di Moscow, Rusia, kami nyanyi lagu syahadah tetapi mereka rasa macam pernah dengar.

2884621

Raihan bakal tampil dengan konsert bersama ASTL pada Oktober depan.

"Bila cerita rupanya salasilah mereka adalah Islam sebelum terjadi peperangan di sana.

"Mereka ingin tahu mendalam lagu kami. Mereka maklumkan merasa sesuatu yang menyentuh perasaan dan kena dengan jiwa mereka," jelasnya.

Dala perkembangan lain, Raihan tampil dengan konsert Beyond Borders Kita Sama yang bakal berlangsung di Paris pada 6 Oktober 2024 manakala London pada 11 Oktober 2024.

Lebih menarik konsert ini turut menampilkan Kerjasama Raihan dan Alif Satar dan The Locos (ASTL) buat julung kalinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain