suria

Hakim Hay impi ke pentas AJL, pikat hati pendengar muda dengan lagu kisah cinta

Hakim antara penyanyi baharu yang memberi persaingan dalam industri.

MULA mewarnai industri muzik dengan lagu pertama berjudul Hello Cinta, penyanyi Hakim Hay berharap ia dapat menjadi pengenalan untuk terus mengekalkan nama dalam arena ini.

Bahkan tidak terlalu awal baginya untuk menyimpan hasrat bertanding di pentas besar seperti Anugerah Juara Lagu (AJL) yang menjadi idaman ramai penyanyi.

Tampil dengan sebuah karya yang berkongsi kisah cinta, Hakim, 19, juga mahu setiap karya yang dihasilkan dapat memberi manfaat kepada pendengar dan bukan sekadar hiburan kosong.

hakim hay 2

Hakim mahu memberi impak dalam setiap karya yang dihasilkan.

"Saya sangat bersungguh untuk menyampaikan mesej cinta melalui lagu ini, dengan harapan dapat menginspirasi dan menyentuh hati pendengar. Saya berharap agar lagu ini dapat menjadi sumber kegembiraan dan ketenangan.

"Semoga lagu ini juga menjadi batu loncatan untuk terus memahat nama di hati penggemar muzik tanah air. Mungkin ke pentas prestij AJL," katanya.

Berkongsi pengalaman merakamkan lagu ini, Hakim memberitahu dia tidak mengambil masa lama untuk mendalami setiap baris lirik serta susunan muzik.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Ditikam’ rakan industri, Alvin Chong terfikir tinggalkan dunia hiburan... Album solo penguat semangat teruskan karier

ARTIKEL BERKAITAN: Ella bangga lagu ‘Standing In The Eye Of The World’ kekal evergreen, jadi karya wajib Hari Merdeka

Malah dia juga mendapat kerjasama baik daripada barisan komposer iaitu Omar K, Hanis Rafi dan Iqie Hugh sepanjan sesi rakaman.

"Pengalaman merakam lagu ini tidak lama. Ia mengambil masa kurang enam jam untuk mendapatkan rentak dan tone suara yang sesuai.

"Pengambaran muzik pula diarahkan oleh Amylea Azizan yang berjiwa muda menggambarkan penceritaan lagu yang cukup santai, sweet dan bersahaja," kongsinya.

hakim hay 3

Hakim yakin genre yang dipertaruhkan mudah diterima ramai.

Mempertaruhkan gabungan genre pop, balada dan sentuhan indie, Hakim yakim elemen sebegini cukup kuat dan semakin mendapat tempat dalam kalangan pendengar muda masa kini.

Dia juga beranggap dengan mengikuti kehendakan semasa, ia adalah satu perkara penting untuk terus kekal relevan dan memikat hati pendengar.

"Populariti genre ini turut berkembang pesat dalam kalangan remaja kerana ia mampu mencerminkan realiti kehidupan remaja pada masa kini.

"Genre muzik ini bukan sahaja mendapat sambutan melebihi jangkaan tetapi juga mampu mengekalkan relevansi di dalam industri muzik semasa dengan mencipta gelombang positif dalam kalangan generasi muda," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain