SERING menyediakan hidangan mi segera bukanlah bermaksud seseorang itu pemalas dan tidak suka memasak. Sebaliknya penyanyi Wany Hasrita, 32, berkata memasak mi segera juga memerlukan kerajinan kerana mereka perlu menyediakan pelbagai bahan dan ramuan untuk menyedapkan lagi masakan. "Bukan malas masak, lagi pun ayat sebegitu dah tak boleh pakai kot sekarang. Wany berkata suka makan mi segera bukan bermaksud malas memasak di dapur. "Sebab kadang-kadang masak mi segera pun perlu letak banyak bahan... dah macam program masakan dah bila kita tengok," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, berkata sebelum ini dia sering menikmati hidangan mi segera ketika berada di rumah. Namun sejak bergelar ibu, penyanyi lagu Menahan Rindu itu perlu mengurangkan kadar pengambilan makanan kegemarannya itu. ARTIKEL BERKAITAN: Wany Hasrita kongsi pengalaman ‘burnout’ jaga anak, suami tempat luah perasaan - “Saya hantar mesej macam peluru berpandu” ARTIKEL BERKAITAN: [V] Berjauhan dengan suami, Wany Hasrita berserah jika rumah tangga diuji... Anggap semua hanya pinjaman Allah "Saya tak boleh hidup tanpa mi segera. Memang penggemar mi segera. "Dalam seminggu memang makan, lagi-lagi bila hujan lagi kerap. "Tapi sejak jadi ibu kena kawal sikitlah pengambilan makan mi segera tu," ujarnya. Wany dan Khai menjadi duta untuk makanan mi segera Nongshim. Dalam perkembangan lain, Wany dilantik menjadi duta makanan mi segera Nongshim bersama penyanyi Khai Bahar. Untuk rekod, Wany mendirikan rumah tangga dengan Mohd Al Adib Fahmi Harun pada 22 Julai 2022. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aishah Al Iman yang kini berusia setahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!