suria

Sambutan Kemerdekaan ke-67 meriah, Nas-T muncul sebagai ‘Keluang Man‘ di Putrajaya

Kemunculan watak Keluang Man dinantikan orang ramai.

SAMBUTAN ulang tahun Hari Kemerdekaan ke-67 yang berlangsung di Putrajaya pada Ahad disambut meriah oleh ramai pengunjung.

Pastinya yang menjadi tarikan adalah perarakan kereta dari pelbagai agensi serta jabatan kerajaan yang turut sama menyemarakkan semangat merdeka.

Namun antara mencuri tumpuan adalah watak Keluang Man yang sama-sama turun padang meraikan sambutan kali ini.

keluang man 3

Nas-T bersama pelakon filem Kahar: Kapla High Council.

Ini juga pertama kali watak dalam filem dibawa sempena sambuat acara besar peringkat nasional.

Selaku penerbit filem Keluang Man Ketua Astro Shaw iaitu Raja Jastina Raja Arshad, memberitahu kesempatan ini adalah satu pengiktirafan buat industri seni tanah air.

"Ini merupakan satu langkah bersejarah apabila berpeluang menyertai salah satu acara terbesar negara buat pertama kali.

ARTIKEL BERKAITAN: Pegang watak Keluang Man, Nas-T sedar diri kurang tinggi tapi tidak anggap masalah... “Pelakon Hollywood pun tak tinggi”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Terkejut keluar gosip cinta, Amir Ahnaf kesian Angel kena menjawab... Sokong sejak awal Dolla muncul

"Usaha ini adalah lambang sokongan kepada industri kreatif tempatan, sekaligus memeriahkan sambutan Hari Merdeka.

"Harapan kami dengan kemunculan individu-individu ini dapat membawa semangat baharu kepada sambutan Hari Kebangsaan, di samping merapatkan lagi hubungan di antara seni, hiburan dan masyarakat," ujarnya.

keluang man 2

Kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan ke-67.

Pada acara berkenaan pelakon Nas-T atau Nas Muammar Zar muncul buat pertama kali memakai sut rasmi watak Keluang Man lakonannya itu.

Perarakan pasukan Astro Shaw turut disertai barisan pelakon filem Kahar: Kapla High Council.

Antara yang turut sama adalah Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Fazziq Muqris dan Fadhli Masoot.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain