LEBIH memilih dalam tawaran, pelakon Zul Ariffin juga yakin kini mana-mana penerbit lebih tahu watak yang sesuai untuk dirinya. Bagi Zul atau Zulkifli Ariffin, 37, dia berhati-hati dalam memilih watak bukan kerana bersikap angkuh sebaliknya ingin memberikan yang terbaik dalam setiap karya. "Rasanya sekarang ini penerbit pun dah tahu watak macam mana nak beri kepada saya. Dalam filem biasa genre aksi. Zul bersyukur masih diterima kepercayaan berlakon filem. "Sekarang ini kenalah memilih apabila kita ada peluang berbuat demikian. Bukan kerana saya sudah ada nama, tetapi banyak perkara perlu difikirkan. "Kalau berlakon filem aksi contohnya, saya perlu masa yang lama untuk lakukan persiapan sebelum memulakan penggambaran," katanya kepada mStar. Zul ditemui ketika majlis doa selamat kejayaan filem Sheriff: Narko Integriti yang berlangsung di Kuala Lumpur. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Setiap tahun raya bersama, Zul Ariffin dah anggap Gayatri macam keluarga sendiri ARTIKEL BERKAITAN: Tak diajar angkat tangan pada wanita, Zul Ariffin hilang rasa hormat lelaki pukul perempuan Lebih selesa untuk terlibat dalam filem, Zul juga memberitahu dia tidak lagi menerima tawaran untuk berlakon drama seperti mana awal kemunculan dalam industri dahulu. "Kalau dulu ketika mula berlakon kita mahu mencipta nama dan saya tiada peluang untuk memilih. Mungkin sekarang tiada lagi Zul Ariffin yang dulu seperti dalam drama percintaan. "Masih ada terima tawaran berlakon drama, tetapi perlahan-lahan saya cuba tolak," ujarnya. Sebagai orang berpengalaman, Zul sentiasa menyokong artis baharu. Berkongsi pandangan tentang kemunculan pelakon baharu masa kini, Zul juga berbangga apabila ramai pelapis yang mahu menceburi bidang lakonan. Tidak pernah timbul rasa cemburu, dia juga memberi sokongan penuh buat anak muda untuk teruskan usaha kembangkan kerjaya seni. "Tak pernah pun rasa cemburu, saya sudah lalui semua itu ketika usia muda. Sekarang masa untuk move on. "Jika ada pelakon baru mestilah saya akan sokong mereka. Apa yang penting mereka perlu cipta nama dahulu untuk orang kenal dan bukan hanya pengikut media sosial sahaja," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!