suria

Video kilang kononnya dilanda banjir palsu, Fazley Yaakob ‘kagum‘ cara scammer perdaya orang ramai

Fazley bengang dengan tindakan scammer mengunakan nama dan suaranya.

PENYANYI dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob bengang dengan tindakan sindiket penipuan atau scammer yang menggunakan wajah dan suaranya menerusi teknologi artifial intelligence (AI).

Fazley atau Ahmad Fazley Yaakob, 45, memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan tipu helah pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Penipu si*l! Nak marah tapi kelakar.

"Dah mula dah era penyalahgunaan teknologi AI, suara, muka, pergerakkan badan semua boleh diolah!

Copy of Untitled (91)

Fazley berkongsi perkara itu menerusi hantaran di TikTok.

"Minta tolong semua, jangan mudah percaya! Jom ramai-ramai laporkan akaun tersebut kalau ada ternampak," katanya.

Fazley meluahkan kekesalannya menerusi hantaran di TikTok pada Sabtu.

Menerusi perkongsian dibuat, Fazley memuat naik video memaparkan rakaman suara dan wajah miliknya yang digunakan untuk tujuan penipuan.

Lebih parah, scammer tersebut cuba meraih simpati netizen dengan memberitahu kilang milik Fazley kini dilanda banjir yang teruk.

ARTIKEL BERKAITAN: Jadi duta macam-macam produk rezeki keluarga, Fazley Yaakob tampil wangian bau pastri pula

ARTIKEL BERKAITAN: Fazley Yaakob baru tahu Mawar Rashid, Raf berpisah melalui IG... Yakin adik buat keputusan secara matang

Dalam pada itu, Fazley mengakui terkejut susulan menerima banyak pertanyaan berkenaan keadaan kilangnya.

Malah, ada sanggup menyumbang wang ringgit mereka kerana mahu membantu meringankan bebannya.

"Patutlah saya dapat mesej bertubi-tubi tanya kilang awak ok ke? Kesian awak ye! Dah kering ke banjir kat kilang awak?

2619368

Fazley terkejut apabila ada yang bertanya mengenai keadaan kilang.

"Tadi saya berjalan kat Petaling Street pun ada makcik nak bagi saya duit. Saya terkulat seorang tak tahu saya yang ketinggalan keretapi atau makcik itu scammer," jelasnya.

Dalam nada sinis, Fazley sempat memuji teknik pemasaran digunakan pihak tersebut yang disifatkan sebagai luar kotak.

"Apapun, tabik spring kat scammer itu, marketing terlebih di luar kotak, sampai rasa nak hempuk muka dia dengan kuali dodol arwan uwan aku!" ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain