suria

Zarina Anjoulie buat pembedahan di Vietnam, buang benjolan pada batang hidung

Zarina bersyukur prosedur pembedahannya berjalan lancar.

PELAKON Zarina Anjoulie tampil dalam sebuah video di TikTok mempamerkan wajah terbaharunya selepas menjalani prosedur pembedahan plastik.

Kata Zarina atau lebih mesra disapa Anju, 37, dia terpaksa membuat prosedur tersebut bagi membuang benjolan pada bahagian batang hidung.

"Alhamdulillah, hidung saya dah okay dari Vietnam. Proses pembedahan berjalan dengan lancar.

Copy of Untitled (95)

Zarina berkongsi perkara itu menerusi video yang tular di lama TikTok.

"Hidung saya dah tak ada benjol dekat depan, doktor dah ratakan bahagian itu," katanya.

Zarina menjelaskan perkara itu menerusi hantaran video di laman TikTok pada Ahad.

Dalam pada itu, Zarina memberitahu tujuan dia mengubah bentuk hidungnya agar kelihatan lebih cantik berbanding sebelum ini.

"Sekarang kalau saya nak buat pengambaran atau bergambar lagi cantik dari sisi tepi.

ARTIKEL BERKAITAN: Zarina Anjoulie anggap Nedim macam adik-beradik, hubungan terputus sebab hormat Nora Danish - “Tak manis janda kawan dengan suami orang”

ARTIKEL BERKAITAN: Cerita pengalaman sendiri, Zarina Anjoulie bukan nak sibuk hal Aliff Aziz dan Bella Astillah

"Dulu sini ada benjol, bak kata orang Cina...benjol dalam hidup tiada fungsi yang baik," ujarnya.

Sementara itu, Zarina turut berkongsi beberapa foto memaparkan keadaan batang hidungnya yang masih berbalut.

Jelasnya, dia berasa sedikit penat selepas prosdur pembedahan tersebut namun semuanya berjalan lancar.

"Jadi sekarang saya sangat penat dan perlu rehat secukupnya," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain