PELAKON Zarina Anjoulie dikecam teruk gara-gara memuat naik video menjalani prosedur pembedahan plastik pada bahagian hidung. Malah ada segelintir pihak turut membandingkan bentuk hidung lamanya yang dikatakan lebih cantik berbanding sekarang. Serba tidak kena di mata netizen, Zarina atau lebih mesra disapa Anju, 37, menyelar tindakan mereka yang meninggalkan komen berbaur jahat mengenai wajah terkininya. "Dan dan pula semua orang sekarang kata hidung Anju yang dulu lagi cantik. Zarina menulis perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya. "Padahal hampir semua orang cakap hidung Anju sengetlah, bengkaklah sebelum ini. "Sekarang tiba-tiba komen hidung dulu lagi lawa. Tak mengapa, dah buat dah pun," katanya Zarina menulis perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram pada Ahad. Sebelum ini, Zarina tampil memberitahu dia terpkasa membuat prosedur itu bagi membuang benjolan pada bahagian batang hidung menerusi video yang tular di TikTok. Dalam pada itu, Zarina menjelaskan perkongsian yang dibuat bukan tujuan membuka pekung di dada sebaliknya hanya mahu mencari rezeki untuk membesarkan anaknya. ARTIKEL BERKAITAN: Zarina Anjoulie buat pembedahan di Vietnam, buang benjolan pada batang hidung ARTIKEL BERKAITAN: Zarina Anjoulie anggap Nedim macam adik-beradik, hubungan terputus sebab hormat Nora Danish - “Tak manis janda kawan dengan suami orang” Jelasnya, dia ditaja dan dibayar oleh pihak klinik estetik berkenaan untuk melakukan pembedahan tersebut. "Minta maaf semua, posting itu bukan sebab nak buka aib sendiri dan tak hormat semua orang. "Ia ditaja sepenuhnya oleh Dr. Plus, dia bayar saya untuk datang dan kasi token... tolong faham ini punca rezeki saya. "Walaupun tak banyak, duit ini saya nak bawa balik bayar yuran sekolah anak, beli barang dapur dan bayar yuran mengaji dia. "Bukannya untuk saya beli bag baru ke BMW ke nak tayang kat orang. Bukan saya bangga dan riak. Itu memang kerja saya," jelasnya. Zarina meminta maaf sekiranya perkongsian mengundang rasa kurang senang netizen. Sementara itu, Zarina turut memohon maaf kepada orang ramai sekiranya perkongsiannya mengundang rasa kurang senang ramai pihak. Tambah pelakon itu, dia merasa bertuah kerana ramai yang masih peduli dengannya. "Saya minta maaf jika posting saya menyakitkan hati anda, tapi saya sangat bersyukur ramai tegur dan tunjuk yang mereka masih ambil berat tentang saya. "Mana tahu satu hari saya pilih jalan yang berbeza dan jadi muslim yang lebih baik," luahnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!