TABAH hadapi ujian demi ujian, personaliti media sosial Aisyah Hijanah sentiasa berfikiran ke hadapan daripada mengingati kisah lalu yang menyakitkan. Aisyah atau Aisyah Hijanah Azhari, 26, berkata, dia sentiasa bersangka baik dengan ujian ditetapkan Allah SWT serta sudah kembali menghadiri majlis ilmu untuk menenangkan diri. "Sekarang memang banyak tetapkan pemikiran saya untuk selalu maju ke hadapan. "Bersangka baik dengan Allah kerana banyak lagi yang Allah nak beri selepas ini. Aisyah banyak dekatkan diri dengan Allah SWT. "Sekarang juga saya dah kembali hadiri majlis ilmu seperti dahulu," katanya ketika dihubungi mStar. Bercakap tentang majlis ilmu, Aisyah berkata, perkara itu banyak menenangkan hati dan dia percaya dengan nikmat sabar dalam hadapi dugaan hidup. Malah Aisyah berkongsi rutin hariannya seperti perbanyakkan solat sunat dan bersembahyang di masjid sekurang-kurang sekali sehari. ARTIKEL BERKAITAN: Alif Teega mengaku kahwin dua, Aisyah Hijanah minta tak cakap buruk tentang suami ARTIKEL BERKAITAN: Staf nak bermadu dengan bos, tak malu jadi penyondol... Aisyah Hijanah ikhtiar selamatkan rumah tangga, bawa Alif Teega berubat "Saya percaya nikmat sabar. Bila pergi majlis ilmu ni banyak yang lembutkan hati. "Rutin harian selalunya saya banyakkan solat sunat dan minta Allah berikan yg terbaik. "Banyak ke masjid dan setiap hari mesti ada satu waktu solat yang wajib buat dekat masjid," jelasnya. Saya percaya nikmat sabar. Bila pergi majlis ilmu ni banyak yang lembutkan hati. AISYAH HIJANAH PERSONALITI MEDIA SOSIAL Sebelum ini, Aisyah dan suaminya iaitu pempengaruh Alif Teega direman bermula 11 Julai sehingga 16 Julai bagi membantu siasatan kes berhubung salah guna kuasa di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Mereka kemudian dibebaskan selepas membayar wang jaminan sebanyak RM200,000 namun perlu melaporkan diri sebulan sekali di pejabat SPRM. Terbaharu, menerusi laporan mStar pada Ahad, Aisyah mendedahkan sudah memfailkan cerai terhadap Alif namun wanita itu enggan berkongsi lanjut punca dia melakukan perkara tersebut. Aisyah fail cerai terhadap Alif pada awal Ogos lalu. Untuk rekod, Aisyah dan Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017. Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif, dan Safiyyah Hijanah. Kemudian pada 18 November tahun lalu, Aliff berkahwin buat kali kedua bersama Fatin Umaidah di Thailand ketika Aisyah sedang sarat mengandung. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!