DALAM kesibukan menguruskan keluarga dan kerjaya, pelakon Diana Danielle mengakui sukar untuk dia memberikan tumpuan terhadap pengajiannya. Diana atau Diana Danielle Beeson, 33, berkata kehidupan sebagai pelajar yang mencabar membuatkan dia seperti tiada semangat atau motivasi untuk menyiapkan tugasannya. "Sangat melelahkan bila menjadi seorang pelajar. Dari segi pengurusan masa, tugasan, dan bacaan... memang perlukan segunung usaha. Diana meluahkan perkara itu menerusi hantaran di Instagram. "Dan yang paling best, saya langsung tiada motivasi. Makin banyak tugasan perlu hantar kerja, makin banyak saya tidur," katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Isnin. Dalam pada itu, Diana memberitahu dia kini semakin jarang menghabiskan masa untuk bersosial dek kesibukan belajar. Malah, pelakon itu turut menyamakan tahap kepayahannya yang dilaluinya kini sama seperti ibu yang sedang menjaga bayi baru lahir. ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle bukan lagi pelakon sepenuh masa, sambung pengajian dalam 2 bidang serentak ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan dan senyuman bukan cara ukur bahagia, Diana Danielle sangkal sedang hamil anak ketiga "Saya dah kurang keluar sangat, satu sebab saya terlalu banyak fikir sampai tak boleh bersosial. "Kedua memang sengaja buat begitu supaya saya tak habiskan tenaga belajar. "Saya rasa macam jadi ibu kepada bayi yang baru lahir," jelasnya. Diana mengakui sukar membahagikan masa untuk anak-anak dan belajar. Pada Januari lalu, Diana memberitahu dia memulakan pengajian dalam dua bidang serentak iaitu Biologi Kimia dan Psikologi serta Pengurusan Perniagaan. Katanya, keputusan itu dibuat kerana mahu meneruskan impian yang selama ini tertangguh akibat sibuk dengan karier. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!