suria

Meriah majlis resepsi Siti Jamumall... Suami siap tunjuk bakat duet Zizi Kirana, tapi netizen saran lupakan nyanyian

Nyanyian Aiman di majlis resepsinya menerima kecaman ramai.

TULAR di aplikasi TikTok video personaliti media sosial Aiman Tak Kesah berduet bersama penyanyi Zizi Kirana sewaktu majlis resepsinya pada Ahad lalu.

Bagaimanapun persembahan Aiman atau Khairul Aiman Abdul Kudus, 21, itu menerima kecaman netizen gara-gara nyanyiannya dikatakan sumbang dan merosakkan lagu Alhamdulillah dendangan Too Phat dan Yasin.

"Baik Aiman buat live jual baju bundle je macam biasa, bakat yang perlu dipendam.

size NP 1 - 2024-09-02T171214.323

Majlis resepsi Aiman dan Siti disambut dengan meriah.

"Sebaiknya awak duduk diam bersanding je, jadi pengantin sahaja, tak perlu menyanyi sekali.

"Kadang-kadang kena sedar diri juga, kalau setakat hafal lagu tu tak semestinya Aiman ni boleh nyanyi," tulis netizen.

Dalam pada itu, isteri Aiman yang juga seorang pempengaruh iaitu Siti Jamumall berkata gelaran ‘pengantin sampah’ yang diberikan netizen kepada mereka tidak memberi kesan.

Sebaliknya, Siti atau Siti Suriani Wahiddin, 26, dan Aiman menjalani kehidupan sebagai suami isteri seperti biasa dan menganggap kecaman diterima sebagai penguat mereka untuk terus berjaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rugi tak jadi kahwin, rupanya ini sebab Siti Jamumall pilih nikah di Thailand

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Teguran lembut jentik hati buat perubahan, suami antara punca Siti Jamumall berhijab

“Bertahun-tahun Siti dan Aiman buat ‘live’ (siaran langsung). Dari awal sehingga kini banyak kecaman‬ seperti kata kami pengantin sampah.

“Kecaman mereka menjadikan kami lebih bersemangat untuk terus kuat ketika membuat ‘live’ agar terus berjaya pada masa hadapan," jelasnya.

Sementara itu, Siti turut mendedahkan kos keseluruhan majlis resepsi mereka mencecah lebih RM300,000.

“Sekitar RM200,000 dan kalau ditambah dengan nilai tajaan, boleh cecah lebih RM300,000," ujarnya.

size NP 1 - 2024-09-02T171226.003

Kos majlis resepsi Aiman dan Siti menelan belanja sebanyak RM300,000.

Selain Zizi, pasangan ini turut diraikan dengan persembahan penyanyi Ayu Damit.

Untuk rekod, Siti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun jodoh mereka tak panjang apabila bercerai dua tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 5, dan Putra Aiman Zafran, 3 tahun.

Kemudian, Siti sah bergelar isteri kepada Aiman selepas mereka melangsungkan pernikahan pada awal bulan Jun lalu di Satun, Thailand.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain