suria

Masyarakat mula hilang kepercayaan, kes Da’i Syed ‘wake up call’ buat pendakwah

Amin anggap apa yang terjadi pada Syed diambil iktibar buat para agamawan lain.

PENCERAMAH motivasi Amin Idris menyifatkan isu jenayah seksual membabitkan Da'i Syed sebagai wake up call buat semua golongan pendakwah.

Amin, 43, berkata, golongan pendakwah termasuk dengan gelaran tertentu seperti Da'i, Pencetus Ummah (PU) atau Imam Muda (IM) perlu berhati-hati dalam setiap tindak-tanduk mereka agar tidak tersalah langkah.

"Isu Syed merupakan ‘wake up call’ untuk agamawan membawa amanah ilmu untuk disampaikan kepada orang ramai termasuk diri saya sendiri.

NP-183

Amin anggap isu Syed sebagai 'wake up call' buat para ilmuan.

"Tapi perlu berhati-hati sebab Allah sedang jaga aib kita dan jangan cari fasal sehingga aib terbuka.

"Apa yang berlaku tak boleh nak salahkan masyarakat sebab diri sendiri cari fasal," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Amin juga tidak menyangkal kepercayaan masyarakat terhadap agamawan semakin berkurangan dengan isu negatif membabitkan pendakwah.

ARTIKEL BERKAITAN: Da'i Syed dihukum penjara 10 tahun, tiga sebatan kerana merogol... Isteri sedang berpantang menangis dengar keputusan

ARTIKEL BERKAITAN: Amin Idris minta Rita Rudaini tidak melenting, tapi bersedia untuk ditegur jika suka mengkritik - “Kalau terasa baguslah... fikir balik tindakan dia”

Walaupun bukan semua yang terbabit dalam kontroversi namun kata Amin pandangan masyarakat tentang golongan ini berubah.

"Saya memang rapat dengan sebahagian besar pendakwah yang ada gelaran dan dapati mereka sangat bagus dan mempunyai ilmu luar biasa.

"Cumanya apabila ada seorang dua yang buat hal, tak dapat dinafikan ia memberi kesan kepada mereka seperti program bersama masyarakat di masjid terpaksa dibatalkan.

NP-184

Amin tidak menyangkal kepercayaan masyarakat terhadap pendakwah sudah berkurang.

"Malah ada di antara mereka tidak mahu menggunakan gelaran dimiliki disebabkan krisis kepercayaan daripada masyarakat," ujarnya.

Pada 30 Ogos lalu, Syed atau Syed Iqmal Syed Mohd Syaiful, 29, dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Ia susulan pendakwah selebriti itu didapati bersalah atas kesalahan merogol seorang wanita di sebuah kondominium lima tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain