PELAKON Maya Karin hampir lemas ketika menjalani penggambaran di dalam laut filem Duyung sekitar 16 tahun lalu. Mengimbau insiden berkenaan, pelakon dan pelawak Saiful Apek mendedahkan kejadian itu berlaku gara-gara rambut palsu dipakai Maya tersangkut pada jaring pukat ikan sebelum melihatnya sedang bergelut. Bagaimanapun tindakan pantasnya ketika itu berjaya menyelamatkan nyawa Maya daripada kejadian tidak diingini berlaku. Apek dedah dirinya menyelamatkan Maya daripada lemas 16 tahun lalu. “Ketika saya menyelam untuk habiskan baki tangki oksigen, saya nampak dia (Maya) bergelut dengan jaring dan itu bukan lakonan sebab nampak dia sedang lemas. “Kami bergelut dah macam orang bergaduh waktu itu, sebab rambut palsunya tersangkut pada jaring. “Tapi bila dah dapat tarik ada pula botol plastik di atas permukaan, jadi dia masih dalam keadaan lemas. “Dalam keadaan itu saya tarik dia sehingga ke arah tiada botol plastik itu kemudian barulah dia boleh bernafas dan menjerit,” katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: “Itulah podcast... Itu pun mahu koyakkah?” - Saiful Apek ARTIKEL BERKAITAN: Ramai lebih sesuai, Saiful Apek rasa diri tak layak terima gelaran Datuk... “Doa peminat dah cukup untuk saya” Apek atau Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 55, berkongsi perkara itu pada sidang media Filem Duyung Lagenda Aurora di Wetlands Studio Putrajaya pada Selasa. Tambah Apek, kejadian kira-kira lima minit itu menjadi peristiwa yang trauma buat dia dan Maya. Malah pelawak itu terkejut aktres itu masih mampu menerima watak Putri dalam sekual naskhah berkenaan selepas kejadian tersebut. “Jeritannya waktu itu buat semua panik, kira-kira lima minit juga kejadian tu. Rambut palsunya tersangkut pada jaring. SAIFUL APEK PELAKON DAN PELAWAK “Ini satu perkara yang saya tidak pernah dedahkan. Peristiwa itu juga menjadi satu trauma buat Maya dan saya. “Terkejut juga Maya boleh terima lagi nak berlakon dalam sekual ini sebab kalau saya sendiri mungkin dah fobia,” jelasnya. Sejurus perkata itu berlaku, Apek memberitahu penggambaran tersebut terus dihentikan dan ia menjadi mimpi ngeri buat kru produksi serta pelakon yang berada di lokasi kejadian. “Akhir sekali pihak produksi terus tamatkan penggambaran dan babak yang dirakamkan tu tiada. Apek dan Maya dalam filem Duyung. “Lagipun rakaman tu hanya sikit sahaja dan pengarah pun kata tidak mengapa. Peristiwa sememangnya mimpi ngeri buat kami,” ujarnya. Dalam perkembang lain, selain Apek dan Maya, pelakon lain yang membintangi filem Duyung Lagenda Aurora ialah Anna Jobling, Ayie Floor 88, Yasmin Hani, Yassin Senario, Datuk Yusry Abdul Halim, dan Nadia Brian, Kumpulan Zero, Aniq Aqil dan Aidilia Hilda. Filem berkenaan akan memulakan penggambaran pada 13 September hingga 13 Oktober 2024 dan dijangka menemui penonton pada suku tahun ketiga 2025. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube