suria

Mempunyai maksud indah dalam Islam, MK pilih nama Aya Rayana buat puteri sulung

Selepas sebulan Hajar bersalin, MK akhirnya umum nama anak sulung.

SEBULAN selepas menimang cahaya mata, penyanyi rap MK memilih nama Aya Rayana buat puteri sulungnya.

MK atau Muhammad Hairi Amin, 28, memilih nama tersebut yang mempunyai makna indah dalam Islam.

"Aya, bermaksud tanda dan bukti kebesaran Allah, al-Quran dan asal Arab.

Copy of Untitled - 2024-09-04T120346.967

Nama Aya Rayana mempunyai makna yang indah.

"Rayana, bermaksud pintu Syurga," katanya.

MK berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada malam Selasa.

Menjengan ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji pemilihan nama tersebut malah ada juga yang tidak sabar mahu melihat wajah bayinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! MK dah jadi bapa, isteri selamat bersalin anak perempuan

ARTIKEL BERKAITAN: Da'i Syed umum nama anak sulung, kongsi maksud Sharifah Fatma Nour Jamalullail

"Cantik nama anak, semoga membesar dengan baik sesuai dengan nama," komen netizen.

Pada 3 Ogos lalu, MK memaklumkan isterinya iaitu Siti Hajar selamat melahirkan cahaya mata sulung merek di sebuah pusat perubatan.

Untuk rekod, MK dan Hajar mendirikan rumah tangga pada 16 Jun tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain