suria

Janji persembahan gamit memori, konsert Udit Narayan 28 Nov di Pulau Pinang

Konsert Udit bakal menggamit kenangan buat peminat filem Bollywood.

TIGA dekad suaranya menghiasi filem Bollywood, penyanyi Udit Narayan bakal berkunjung ke Malaysia menerusi konsert A Lovely Night with Udit Narayan pada 28 November depan.

Udit menjanjikan persembahan luar biasa dengan menyanyikan lagu-lagu hit miliknya yang mampu menggamit kenangan.

Nama Udit sememangnya tidak asing dalam kalangan peminat filem Bollywood selepas mejadi suara latar bagi ramai bintang tersohor termsauk Shah Rukh Khan, Amir Khan dan Amita Bachan.

Copy of Untitled - 2024-09-04T175038.151

Udit menjanjikan persembahan luar biasa buat peminat.

Malah, kemerduan vokalnya turut terserlah ketika menyanyikan runut bunyi (OST) filem popular seperti Kuch Kuch Hota Hai, Mohabbatein dan Kabhi Khushi Kabhie Gham.

Kehebatannya bukan sahaja membantu meningkatkan jualan filem malah dia turut mendapat pengiktirafan anugerah Filmfare yang pertama menerusi OST berjudul Papa Kehte Hain.

Sering menjadi pilihan pengarah muzik, Udit pernah berkerjasama dengan pemuzik hebat lain termasuk A. R Rahman, Rajesh Roshan, Anu Malik dan Jatin Lalit.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Keanu Reeves muncul di Thailand... Kerja jual sotong bakar, pandai pula bancuh kopi!

ARTIKEL BERKAITAN: Luang masa bersama, Taha Shah jawab gosip cinta Pratibha Ranta... Mahu kerja balas jasa ibu

Berkat sumbangannya dalam industri muzik, Udit menerima gelaran Raja Melodi apabila 21 lagunya dipilih memasuki carta 40 lagu Bollywood terbaik sepanjang zaman oleh BBC.

Bukan itu sahaja, penyanyi itu turut mempunyai 22.3 juta pendengar di Spotify dan memenangi pelbagai anugerah.

Konsert anjuran Filloz International dan LR Asia bakal berlangsung di Setia Spice Arena, Pulau Pinang dan tiket mula dijual bermula 16 September ini.

Harga tiket bermula RM109 sehingga RM1,999 untuk tiket VIP yang boleh didapati di laman web Ubertiket.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain