suria

Bimbang timbul fitnah, Yusry rawat masalah lingkaran gelap bawah mata

Yusry mahu sentiasa nampak sihat walaupun usianya sudah semakin lanjut.

PADA usia 51 tahun, pengarah Datuk Yusry Abdul Halim sangat mementingkan kesihatan diri sendiri.

Yusry, berkata, dia tidak mahu apabila usia sudah semakin lanjut, orang ramai melihat dirinya seperti tidak sihat.

"Umur saya dah 51 tahun tapi saya tak malu dengan perkara itu. Asalkan saya nampak sihat pada usia 51 tahun, itu sudah cukup.

"Jangan umur saya dah 51 tahun tapi nampak sakit, itu saya tak nak," katanya kepada mStar.

size NP 1 - 2024-09-04T134610.833

Yusry mempunyai masalah lingkaran gelap pada mata.

Bercakap soal kesihatan, Yusry memberitahu dia membuat rawatan tentang masalah lingkaran mata gelap dimilikinya di sebuah klinik pakar kulit.

Jelas Yusry, apa yang membuatkan dirinya melakukan perkara itu adalah disebabkan mahu menjauhi fitnah-fitnah di kemudian hari.

"Saya ada masalah lingkaran gelap pada mata dah lama, sebab itu saya lakukan rawatan di sebuah klinik kulit.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau pelakon kerja 20 jam, pengarah berapa lama pula?” - Yusry Abdul Halim kata krew pun kena lenjan!

ARTIKEL BERKAITAN: Lisa Surihani giat turunkan berat badan, amal IF dan bersenam 4 kali seminggu... Niat supaya senang beribadah

"Ada yang ingat saya tak sihat sebab perkara itu dan perasaan saya bila dianya sebegitu memang saya tak suka, sebab saya sihat sahaja.

"Cuma disebabkan masalah lingkaran mata itu risau pula nanti timbul fitnah kata saya sakit atau ambil barang terlarang pula," jelasnya.

Sementara itu, Yusry berkongsi perkembangan isterinya iaitu Datin Lisa Surihani yang giat menurunkan berat badan dengan bersenam.

Malah, Yusry berkata, Lisa pernah mengajak untuk sama-sama ke gim untuk bersenam namun jadual yang padat menyukarkan dirinya untuk turut serta.

Risau pula nanti timbul fitnah kata saya sakit atau ambil barang terlarang pula,

YUSRY ABDUL HALIM

PENGARAH

"Mula-mula dia (Lisa) agak liat tapi lepas dah lama-lama hari-hari dia bersenam.

"Saya tak tahu berapa berat dia turun, tapi sebagai suami yang lihat dia hari-hari memang nampak ada perbezaan ketara.

"Dia pernah ajak, tapi masa tidak mengizinkan sebab jadual kerja saya yang sibuk, Alhamdulillah rezeki tak putus-putus.

size NP 1 - 2024-09-04T134554.266

Yusry nampak usaha Lisa turunkan berat badan dengan bersenam.

Untuk rekod, Yusry dan Lisa mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012.

Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, 9, Yusof Leonne, 7, dan Yunos Laith yang kini berusia 3 tahun.

Dalam perkembangan lain, Yusry akan terlibat dengan filem Duyung Lagenda Aurora bersama pelakon lain seperti Maya Karin, Saiful Apek, Anna Jobling, Ayie Floor 88, Yasmin Hani, Yassin Senario, Nadia Brian, Kumpulan Zero, Aniq Aqil dan Aidilia Hilda.

Filem berkenaan akan memulakan penggambaran pada 13 September hingga 13 Oktober 2024 dan dijangka menemui penonton pada suku tahun ketiga 2025.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain