suria

Shaza Bae terlibat kemalangan, terkejut kereta dipandu wanita hamil berpusing sebelum terbabas

Shaza berkongsi detik cemas menyaksikan kemalangan di depan mata.

PELAKON Shaza Bae berdepan detik cemas apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah pada malam Rabu.

Shaza atau Shaza Nuriman Muhamad Zamri, 29, berkata, kejadian berlaku di Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran susur keluar plaza tol Bangi.

Ceritanya, kejadian berpunca daripada sebuah pacuan empat roda melanggar kereta di hadapannya sebelum terbabas dan melanggar kenderaan milik pembantu peribadinya.

shaza 2

Kemalangan dipercayai berpunca dari pemandu mabuk.

"Saya duduk di bahagian penumpang, saya menyaksikan sendiri kereta jenis Axia di hadapan saya berpusing sebelum terkena kereta kami.

"Memang terkejut sebab pertama kami terlibat dalam kemalangan," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Susulan kejadian itu Shaza bersama tiga kenderaan lain yang terlibat mebuat laporan Balai Polis Bandar Baru Bangi.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Lakon watak tomboi dalam ‘Aku Bukan Ustazah’, Shaza Bae terkejut ramai wanita DM puji kacak

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan dah tak laku, Shaza Bae masih menanti drama lakonannya ditayangkan

Bercerita lanjut dia juga kasihan melihat nasib pemandu wanita kereta Axia berkenaan yang sedang hamil.

Dipercayai pemilik kereta pacuan empat roda berkenaan memandu dalam keadaan mabuk.

"Kemalangan itu melibatkan empat kenderaan dan kami semua hadir ke balai polis untuk membuat laporan dan difahamkan pemandu pacuan empat roda itu dalam keadaan mabuk.

shaza 3

Shaza nasihat pemandu lebih bertanggungjawab di atas jalan raya.

"Saya kasihan melihat pemandu Axia sebab dia sedang hamil dan dalam perjalanan ke tempat kerja. Alhamdulillah dia tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi dibawa ke hospital," ujarnya.

Akibat kemalangan itu, kereta Honda milik pembantunya remuk di bahagian tepi selain pintu pemandu tidak boleh dibuka.

Namun dia dan pembantunya itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Shaza ketika ini sedang menjalani penggambaran drama Dalam Sangkar Cinta Marina di Seremban, Negeri Sembilan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain