suria

Berang wajah dirakam kamera, bodyguard Atta Halilintar ugut culik wartawan

Atta hadir ke balai polis untuk membuat laporan terhadap fitnah.

PERSONALITI media sosial Atta Halilintar membuat laporan polis terhadap pemilik akaun TikTok yang menyebarkan fitnah ke atas dirinya.

Menurut Atta, laporan tersebut dibuat bagi membersihkan semula namanya susulan didakwa menikah dengan pelakon Ria Ricis secara senyap-senyap.

"Sebagai ketua keluarga, saya dikatakan bercerai. Malah mereka tuduh pula saya kahwin sorok-sorok dengan wanita lain," katanya.

Copy of Untitled - 2024-09-05T162819.207

Pengawal tersebut dilihat mengancam wartawan bertugas.

Atta menjelaskan perkara itu ketika hadir ke Balai Polis Jakarta Selatan pada malam Rabu.

Dalam pada itu, kehadiran Atta ke balai polis turut menjadi bualan hangat ramai apabila salah seorang pengawal peribadinya didakwa mengancam tugas wartawan.

Menerusi video yang tular, pengawal peribadi Atta dilihat bertindak mengugut untuk menculik petugas media sekiranya wajahnya dirakam kamera.

ARTIKEL BERKAITAN: Atta Halilintar bengang muncul gosip mahu jadikan Ria Ricis isteri kedua... “Fitnah apa lagi ini?”

ARTIKEL BERKAITAN: Polis siasat akaun media sosial fitnah Aaliyah Massaid hamil luar nikahPolis siasat akaun media sosial fitnah Aaliyah Massaid hamil luar nikah

Susulan itu, rata-rata netizen mengkritik sikap baran pengawal berkenaan malah ada yang turut meletakkan kesalahan tersebut kepada pihak Atta.

Tampil bersuara, Atta meminta maaf kepada wartawan bertugas atas apa yang berlaku serta memaklumkan pengawal peribadi itu sudah pun dipecat.

"Secara peribadi saya mohon maaf, pihak pengurusan meberikah peringatan keras bahkan susah memecat pengawal tersebut," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain