PENYANYI dan pengacara Hunny Madu hampir menjadi mangsa penipuan pihak yang menyamar sebagai kru produksi sebuah program podcast. Dedah Hunny atau Hani Farhana Mohd Hatim, 40, dia menerima emel yang menjemputnya sebagai tetamu podcast namun berasa curiga apabila pihak tersebut menawarkan bayaran sebanyak AS$2,000 (RM8,600). "Saya terima emel daripada individu bernama Jamie Kennedy untuk tampil dalam rancangan podcast miliknya. "Dia nak saya bercerita tentang pengalaman saya sepanjang 18 tahun berkecimpung dalam industri. Hunny berkongsi perkara itu menerusi hantaran TikTok. "Dia beritahu yang saya akan dibayar sebanyak $2,000, dengar sahaja dia sebut bayaran tersebut saya dah mula ragu-ragu," katanya. Hunny berkongs perkara itu menerusi hantaran di TikTok miliknya. Enggan terpadaya dengan imbuhan dijanjikan, Hunny bersetuju untuk berbincang secara bersemuka menerusi panggilan video. Jelasnya, individu itu meminta untuk mengakses laman Facebook miliknya beberapa kali kerana mahu menukar beberapa perincian. ARTIKEL BERKAITAN: Terima mesej mencurigakan, suami Mila Jirin nyaris kena ‘scam’ ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi sampah sarap cacatkan pemandangan, Hunny Madu gembira pihak perbandaran ambil tindakan bersih Pantai Tok Bali Apa yang lebih mengejutkan, individu yang disangkakan seorang lelaki berkulit putih rupa-rupanya seorang berbangsa India. "Jadi dia ajak saya untuk berhubung menerusi panggilan video sebab nak ajar saya guna Facebook Live. "Dia minta saya daftar masuk Facebook saya, sebab dia nak tukar beberapa perincian. Tapi saya tak bagi dan minta dia buka kamera dulu. "Bila dia buka kamera saya sedikit terkejut sebab saya sangkakan dia orang kulit putih. Rupanya dia lelaki India," ujarnya. Hunny bersyukur akaun media sosial miliknya tidak berjaya digodam. Tambah penyanyi itu, dia tidak dapat membayangkan sekiranya akaun tersebut digodam dan digunakan untuk tujuan menipu pihak lain. "Saya beritahu individu tersebut yang saya rasa dia seorang scammer, terus lelaki itu naik darah dan matikan panggilan. "Bayangkan kalau saya bagi scammer itu akses Facebook saya, saya mungkin hilang 200,000 pengikut. "Bayangkan kalau Facebook itu digodam, saya tak tahu nak cakap apa. Tolong jangan respon kepada apa-apa emel dari seorang individu bernama Jamie Kennedy," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!