suria

[V] Bimbang kenyataan keruhkan keadaan, Syamsul Yusof pilih selesai isu dengan ibu bapa secara peribadi

KETIKA isu rumah tangganya sedang hangat diperkatakan, kisah hubungan pelakon dan pengarah Syamsul Yusof dengan ibu bapanya turut menjadi perhatian ramai.

Enggan membuka mulut punca dia tidak pulang bertemu kedua ibu bapanya, Syamsul atau Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, sebaliknya lebih selesa tidak mengulas perkara peribadi.

"Apa sahaja isu peribadi, saya pilih untuk tidak kongsi dengan orang ramai," ujarnya ringkas.

syamsul yusof 12

Syamsul tidak mahu kenyataannya disalah tafsir.

Pengarah filem Munafik ini memberi respon itu ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pada Khamis.

Tambah Syamsul, dia lebih selesa tidak mengulas tentang perkara membabitkan keluarga kerana bimbang setiap apa dikatakan nanti disalah tafsir oleh mana-mana pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Yusof Haslam ikut perkembangan Syamsul menerusi media, kasihan lihat hadir mahkamah seorang diri

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Yusof Haslam sudah reda, tak mahu semak otak fikir kepulangan Syamsul

"Kalau ada isu keluarga, kita tak boleh libatkan sesiapa sahaja, betul tak? Sebab semua itu boleh mengeruhkan keadaan.

"Itu sahaja yang mampu saya cakap. Kita doakan yang terbaik. Kalau apa sahaja saya cakap, pasti akan jadi tajuk berita," ujarnya.

yusof haslam 222

Yusof dan isteri sentiasa mendoakan yang terbaik buat Syamsul.

Dalam beberapa temu bual sebelum ini, bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam mendedahkan dia sudah lama tidak bertemu anaknya itu.

Malah dia dan isterinya, Datin Patimah Ismail juga sentiasa berdoa agar Syamsul pulang ke pangkuan keluarga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain