PELAKON dan pengacara Uyaina Arshad meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan seorang pemandu bas yang merakam video pelajar sekolah untuk dijadikan kadungan media sosial.Meskipun pemandu bas tersebut tidak berniat jahat, namun Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arsyad, 31, khuatir tindakan itu boleh menyumbang kepada jenayah melibatkan kanak-kanak. "Saya marah dengan apa yang terjadi, sangat tidak okay untuk rakam orang sesuka hati terutamanya kanak-kanak dan jadikan mereka sebagai content.Uyaina berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram."Mungkin abang bas ini orangnya baik atau pun berniat baik walaupun agak aneh buat konten suka atau ada crush dekat budak-budak."Tapi tindakan itu boleh dedahkan budak-budak ini kepada orang jahat atau orang yang berniat jahat terhadap mereka," katanya menerusi satu hantaran video di Instagram pada Jumaat.Dalam pada itu, Uyaina turut meluahkan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kanak-kanak apabila wajah dan aktiviti mereka dirakam tanpa pengetahuan.Tindakan itu kemungkinan boleh mengundang bahaya sekiranya video tersebut jatuh ke tangan pihak yang berniat jahat.ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle puas hati Abang Bas kena tahan polis, bengang kanak-kanak dijadikan ‘content’ media sosialARTIKEL BERKAITAN: Abang Bas ‘crush’ dengan murid sekolah rendah ditahan"Orang jahat boleh target budak-budak itu atau ikut mereka. Identiti, lokasi dan sekolah mereka mungkin senang untuk diketahui."Pelbagai kesalahan lain boleh terjadi berpunca daripada niat untuk hanya rakam sahaja."Banyak perkara yang tidak diingini boleh berlaku terutamanya kes jenayah macam rogol, culik dan bunuh," kongsinya.Semenetara itu, Uyaina turut memuji kelantangan netizen bersuara dan mengambil tindakan berkenaan isu tersebut.Uyaina kagum dengan kelantangan netizen Malaysia bersuara mengenai isu tersebut."Syabas kepada netizen Malaysia sebab viralkan perkara ini. bagus mereka bersuara tentang perkara ini."Benda tak okay dan jangan kita normalisasikan!" katanya.Pada pagi Jumaat, seorang pemandu bas sekolah ditahan polis dan direman selama lima hari sehingga 10 September.Perintah reman itu dibenarkan Majistret Suhaila Safi'uddin, selepas ia dimohon di Mahkamah Majistret Batu Pahat, Johor.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!