suria

Diana Danielle puas hati Abang Bas kena tahan polis, bengang kanak-kanak dijadikan ‘content’ media sosial

Diana lega pemandu bas itu sudah pun ditahan pihak polis.

PELAKON Diana Danielle meluahkan rasa lega susulan penahanan pemandu bas sekolah yang tular merakamkan video kanak-kanak terutamanya pelajar perempuan untuk dijadikan kandungan media sosialnya.

Berang dengan alasan yang diberikan pemuda berkenaan, Diana atau Diana Danielle Beeson, 33, menegaskan tindakan merakam wajah kanak-kanak tanpa kebenaran tetap merupakan satu kesalahan.

Malah, tindakan pemuda itu menjadikan kanak-kanak di bawah umur sebagai konten media sosial dianggap keterlaluan.

Copy of Untitled - 2024-09-06T140436.787

Diana berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram.

"Sebagai ibu, saya puas hati dengan tindakan polis tentang isu pemandu bas yang sibuk rakam video pelajar yang dia suka sangat itu.

"Walaupun dia cakap itu sebenarnya anak buah dia, kita pun dah tengok kebelakangan ini, keluarga rapat pun tak boleh dipercayai. Banyak kes haruan makan anak!

"Apa yang Abang Bas itu ingat, dia boleh anggap anak buahnya sebagai objek seksual dengan alasan nak buat konten saja," katanya menerusi hantaran di Instagram.

Bersama kapsyen itu, dia turut memuat naik tangkap layar kenyataan media daripada Polis Johor pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle tak mahu bebankan anak-anak, rancang masuk rumah warga emas apabila tua

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle ‘struggle’ jadi pelajar semula, cepat letih macam ibu baru ada anak

Dalam pada itu, Diana mempersoalkan tindakan ibu bapa kanak-kanak itu yang didakwa memberikan kebenaran kepada lelaki itu untuk merakam wajah anak mereka.

Diana bagaimanapun tetap bersyukur kerana wujud undang-undang yang ketat melindungi hak kanak-kanak di negara ini.

"Pemandu bas itu cakap yang ibu bapa budak itu tahu yang dia buat content tersebut dan mereka santai dan okay saja.

"Malanganya kalau ibu bapa dia benarkan sekali pun, ada undang-undang yang melindungi kanak-kanak dan saya bersyukur ia wujud.

Copy of Untitled - 2024-09-06T140544.538

Sebagai ibu, Diana bersyukur dengan undang-undang yang terdapat di Malaysia.

"Tiada siapa yang boleh memberikan kebenaran untuk berbuat demikian, termasuk ibu bapa mereka," kongsinya.

Pada pagi Jumaat, seorang pemandu bas ditahan polis dan direman selama lima hari sehingga 10 September.

Perintah reman itu dibenarkan Majistret Suhaila Safi'uddin, selepas ia dimohon di Mahkamah Majistret Batu Pahat, Johor.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain