DUA band gergasi Tanah Air iaitu Exists dan Masdo bakal bergabung pentas menghiburkan peminat menerusi konsert Battle Of Time Exists X Masdo pada 10 November depan. Teruja dapat berkongsi pentas dengan Exists, anggota Masdo iaitu Putu Ceri menyifatkan peluang berkerjasama dengan band legenda itu sebagai satu impian yang bakal menjadi kenyataan. Meskipun aliran muzik yang dibawa kedua-dua kumpulan berbeza, Masdo bagaimanapun percaya kolaborasi ini akan memberi pengalaman baharu buat peminat. Masdo teruja dapat berkerjasama dengan Exists. "Sebagai kugiran baharu Masdo teruja berkongsi pentas bersama Exists yang lagu-lagu mereka selalu menjadi siulan kami di waktu remaja. "Dengan genre muzik yang sedikit berbeza tetapi tema Battle of Time yang dipilih signifikan bersama Masdo yang pekat aliran pop 60-an," katanya dalam satu kenyataan kepada mStar. Menurut wakil penganjur, pemilihan Exists sebagai bintang utama konsert dianggap tepat memandangkan karya kumpulan itu kekal relevan sehingga kini. "Lagu-lagu Exists dari Oh Ibu sehingga Julia malah Langkah Seiringin yang telah dihasilkan lebih sedekad lalu kini menjadi trending di Tik Tok. ARTIKEL BERKAITAN: Masdo banyak berhabis beli pakaian, pasang impian buka galeri sempena konsert ulang tahun ke-10 ARTIKEL BERKAITAN: Terputus hubungan tapi Exists masih ambil tahu tentang Mamat... Tak serik untuk terus bagi peluang "Ini semua menjadi bukti karya Exists tidak mati ditelan zaman dan terus relevan meski era bertukar," jelasnya. Konsert yang dianjurkan oleh Dennsa dan Sensorhythm bakal berlangsung di Dewan Merdeka, WTCKL pada 10 Novemeber depan. Orang ramai boleh mendapatkan tiket bermula 5 September ini dengan harga serendah RM159 sehingga RM789 menerusi laman web MyTicket. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!