PELAKON Fikry Ibrahim berkongsi khabar duka pemergian bapa tercinta iaitu Ahmad Ibrahim pada pagi Jumaat. Memaklumkan perkara tersebut menerusi Instagram, Fikry, 30, turut memohon orang ramai mendoakan agar urusan Allahyarham dipermudahkan. "Ayah saya, Ahmad Ibrahim sudah kembali ke rahamtullah. Doakan ayah saya diampunkan segala dosa-doa, dipermudahkan urusan dan ditempat dalam kalangan orang beriman," katanya. Bapa Fikry ditidurkan sebelum meninggal dunia. Dalam satu hantaran berbeza, pelakon itu juga memuat naik mengenai arwah bapanya yang terlantar di hospital sebelum beberapa jam menghembuskan nafas terakhir. Tidak dipericikan sakit sebenar, Fikry hanya memberitahu bapanya terpaksa ditidurkan ketika menjalani rawatan. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu meninggal dunia, Ameng sempat habiskan bacaan Yasin sebelum arwah hembus nafas terakhir ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Azharina meninggal dunia akibat serangan jantung "Ayah saya ditidurkan. Doakan ayang semoga dipermudahkan urusan dan diberi kesihatan baik," tulisnya. Usaha mStar mendapatkan maklumat lanjut masih tidak berjaya apabila panggilan dibuat tidak berjawab. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!