PELAKON Emma Maembong berkongsi pengalaman terkena gangguan mistik dipercayai angkara perbuatan sihir seorang peminat yang terlalu obses terhadap dirinya. Menurut Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 32, apa yang terjadi pada dirinya dikatakan berpunca daripada sekeping gambar bersama yang dirakam oleh individu berkenaan. Dia merasakan dirinya terkena sihir selepas membaca 'mantera' yang ditulis menerusi satu perkongsian di laman Instagram. Emma berkongsi perkara tersebut dalam temu bual podcast Sembang Seram. "Dalam satu majlis bersama peminat dia minta untuk bergambar dengan saya. Dia minta mahu bergambar penuh. "Kemudian satu hari saya melihat dia ada post gambar dan tag di Instagram dengan kapsyen panjang lebar. Rupa-rupanya saya terbaca mantera yang dihantar kepada saya. "Saya tidak ingat apa jadi ketika itu. Dikatakan saya mengilai dan menjerit serta muka saya basah," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong selamba dukung anak sulung, netizen tegur ibu baru bersalin tak boleh angkat berat ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dituduh terlibat dalam aktiviti ‘swinger’, Emma Maembong malas layan - “Saya dan fitnah macam bestfriend” Emma berkongsi perkara tersebut dalam temu bual podcast Sembang Seram bersama pelakon Safwan Nazri. Rentetan kejadian itu, Emma memberitahu banyak perkara pelik berlaku padanya dan ia berlarutan sehingga hampir empat tahun. Malah peminat lelaki itu juga seakan tidak serik dan berani menghampirinya dalam satu majlis lain. "Inilah yang paling teruk dan banyak mengubah kehidupan saya. Dalam satu majlis kahwin saya nampak lelaki itu hadir. Saya jadi takut dan paranoid. Emma berdepan pelbagai perkara pelik selepas kejadian itu. "Ahli kelab peminat saya kepung dia dan tidak benarkan masuk. Dia selfie gambar dan buat posting beritahu tunggu satu hari saya akan datang melutut," ujarnya. Selain itu, ada juga orang sekeliling yang mula nampak perubahan pada diri Emma dan sudah menjangka dia terkena perbuatan sihir. "Saya senyum dalam sesi fotografi tetapi gambar saya nampak seperti senyum terbalik," ceritanya yang turut memberitahu tidak mengenali rapat lelaki berkenaan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!