suria

Mawar Rashid cuba nasib jadi penyanyi, pilih Janna Nick sebagai pengarah MV ‘Terdiam’... Kongsi kisah kembali senyum

Mawar mendapat kerjasama rakan-rakan untuk menghasilkan lagu pertama.

TAMPIL dengan single pertama berjudul Terdiam, pelakon Mawar Rashid mengambil langkah berani untuk mengembangkan kerjaya seni ke bidang nyanyian.

Mendapat kepercayaan rakan-rakan dalam penghasilan karya ini, Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 29, juga bekerjasama dengan aktres Janna Nick yang bertindak sebagai pengarah muzik video.

Berkongsi pengalaman ketika sesi penggambaran, Mawar berkata antara perkara yang tidak boleh dilupakan adalah dia terpaksa melakukan sendiri aksi yang akhirnya memberi kesan kepada dirinya.

mawar 1

Mawar beranikan diri bergelar penyanyi.

"Sewaktu penggambaran video muzik lagu ini, saya termuntah di hujung rakaman kerana pening gara-gara terlalu banyak aksi berpusing untuk tarian yang digunakan dalam video.

"Malah ada babak cadangan Janna yang membabitkan pembakaran bunga dan memerlukan saya bertindak dengan cepat. Saya tak akan lupakan babak itu," katanya.

Sementara itu, lagu ini pula mendapat sentuhan sepenuhnya kerjasama komposer Amir Hasan dan Madebyartin yang juga kenalan Mawar sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Rashid enggan cakap tentang bekas suami, fokus besarkan 3 anak dalam suasana positif

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ambil masa 6 bulan kembali bangkit, Mawar Rashid pernah fikir hilangkan diri selepas cerai

Baginya hubungan rapat dengan Amir sejak dahulu lagi membuat mereka saling memahami antara satu sama lain dan pastinya Mawar berpuas hati akan hasilnya.

"Saya sudah mengenali Amir dari zaman kolej lagi jadi tahu dia mampu berikan apa yang saya mahu. Saya mahukan sesuatu yang berbeza dan amir bersama-sama Madebyartin berjaya menghasilkan seperti yang diidamkan," ujarnya.

Secara keseluruhan lagu ini bercerita tentang perjuangan dengan kekurangan peribadi serta kesakitan emosi.

mawar 3

Lagu baharu Mawar penuh emosi.

Dalam karya ini juga, Mawar merenung kembali detik-detik kebahagiaan yang sementara dan berusaha mencari makna walaupun berdepan cabaran.

"Kekurangan dalam diri ini membuatkan saya berusaha untuk sembuh dan senyum kembali. Lagu ini tentang usaha mencari ketenangan dan kegembiraan di tengah-tengah dilema peribadi," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain