PERTAMA kali mempertaruhkan filem komedi seram, pengarah Shuhaimi Lua berharap tiada pihak membandingkan dirinya dengan Allahyarham Mamat Khalid. Tiada istilah plagiat, sebaliknya Shuhaimi atau Shuhaimi Lua Abdullah, 49, menjadikan arwah sebagai salah satu sumber inspirasinya dalam berkarya. "Saya mengidolakan dia, tetapi saya minta penonton jangan membandingkan saya dengan arwah. Suhaimi mahu dikenali dengan gaya pengarahan yang tersendiri. "Saya sedar karya arwah memang ramai peminat, arwah ada cara tersendiri dan begitu juga saya. "Saya hanya menjadikan arwah sebagai sumber inspirasi sahaja dan bukannya saya meniru. Saya minta untuk penonton beri saya peluang," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Shuhaimi memberitahu dia terinspirasi dengan karya Mamat Khalid yang penuh dengan unsur kemasyarakatan dan memberikan pengajaran kepada penonton. Justeru itu, dia turut terpanggil untuk menyuntik beberapa elemen serta teknik yang sama dalam karya terbaharunya berjudul Pontianak 200kg. ARTIKEL BERKAITAN: “Dia relaks, happy saja”... Shuhaimi Lua puji sikap profesional Kazar, kontroversi tak ganggu kerja ARTIKEL BERKAITAN: Sukar tidur, seram pintu bilik diketuk... Shuhaimi Lua berdepan gangguan selepas mengarah ‘Pontianak 200kg’ "Kalau genre komedi seram begini, saya meletakkan arwah Mamat Khalid sebagai inspirasi saya. Filem dia penuh dengan kemasyarakatan. "Dia selalu memasukkan elemen pengajaran dalam filemnya. Dari segi pelakon, dia ambil pelakon yang bersahaja. "Ada juga elemen lain yang saya rujuk karya arwah misalnya, teknik larian dalam salah satu babak. Bagi saya larian itu cukup melucukan dan ikonik," jelasnya. Arwah ada cara tersendiri dan begitu juga saya. SHUHAIMI LUA PENGARAH Teruja pertama kali mengarahkan filem, Shuhaimi berharap penonton dapat menilai kemampuannya menghasilkan karya berkualiti. "Saya gembira dengan percubaan pertama saya, inilah saat-saat yang dinantikan selepas setahun bertungkus-lumus. "Saya harap peminat filem tempatan, saya minta untuk mereka beri saya peluang. Suhaimi teruja dengan percubaan pertamanya menghasilkan filem. "Saya janji untuk tampil dengan gaya filem saya tersendiri yang boleh menghiburkan," kongsinya. Pontianak 200kg dibintangi oleh Ropie, Dottie, Niezam Zaidi, Sood, Wans Ahmad, Aya Amiruddin, Malia Baby dan Ziana Zain. Ia bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 5 September depan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!