PELAKON Diana Danielle terkejut apabila dituduh sebagai punca penahanan 'Abang Bas' pada Jumaat. Diana atau Diana Danielle Beeson, 33, menjelaskan dia sendiri tidak pernah mengetahui mengenai kewujudan pemandu bas tersebut atau mengikuti akaun TikTok miliknya. Sebaliknya hanya mengetahui mengenai isu membabitkan lelaki berkenaan selepas ia tular di media sosial sejak beberapa hari lalu. Diana berkongsi perkara itu menerusi hantaran di InstaStory pada Jumaat. "Ada pula si polan ini sebarkan kata saya yang laporkan Abang Bas tu. "Saya tak tahu atau sedar kewujudan dia sampailah kes dia tular. Ada cakap akaun TikTok dia disekat pun sebab saya. "Saya langsung tak pernah tengok atau follow akaun dia, sekali pun tak pernah," katanya. Diana menjelaskan perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle puas hati Abang Bas kena tahan polis, bengang kanak-kanak dijadikan ‘content’ media sosial ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin Abang Bas berniat baik”... Uyaina Arshad tak setuju kanak-kanak jadi ‘content’ media sosial, bimbang terdedah jenayah Sebelum ini, Diana tampil bersuara dan mengecam perbuatan pemuda itu menjadikan kanak-kanak bawah umur sebagai kandungan media sosial. Dalam pada itu, Diana menegaskan dia memilih untuk bersuara kerana tidak tahan melihat kes jenayah melibatkan kanak-kanak bawah umur semakin berleluasa. Jelasnya, dia langsung tidak dahagakan perhatian seperti yang didakwa segelintir pihak. "Saya hanya kongsi pandangan saya tentang masalah pedophilia selepas lelaki itu ditahan. Diana tidak dahagakan perhatian seperti yang didakwa netizen. "Dan sejak kebelakangan ini, kita pun perasan betapa kerapya kes-kes macam ini berlaku. "Yang kata, saya bersuara sebab mahukan perhatian, ikut sukalah! Percayalah kalau saya nak publisiti murahan, banyak cara lain," jelasnya. Pada pagi Jumaat, pemandu bas berkenaan ditahan polis dan direman selama lima hari sehingga 10 September ini. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!