AKAUN TikTok milik pengacara dan pelakon Uyaina Arshad dibanjiri kecaman netizen yang tidak berpuas hati dengan kelantangannya bercakap tentang isu membabitkan Abang Bas yang sedang hangat diperkatakan ketika ini. Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arsyad berkata, dia kesal dengan reaksi diberikan apabila perbuatan tersebut jelas boleh menjerumus kepada jenayah. "Pergilah TikTok saya, baca komen-komen orang yang kecam saya sebab bersuara mengenai tindakan Abang Bas itu. Nauzubillah. Uyaina berkongsi perakara itu menerusi hantaran di InstaStory. "Bagi saya inilah keburukan media sosial. Apabila orang baru dapat perhatian atau likes, mula rasa semangat nak buat kandungan sebegitu walaupun sah-sah ia salah," katanya. Uyaina meluahkan kekesalan itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Sabtu. Selain pelbagai kecaman, terdapat juga menyelar pandangan Uyaina dengan meminta dia menggantikan tugas pemandu bas tersebut. Santai menjawab komen berkenaan, Uyaina menegaskan tegurannya ditujukan kepada semua pihak termasuk golongan pendidik yang gemar merakam video pelajar sebagai content. ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle terkejut dituduh punca Abang Bas ditahan polis, lantang bersuara bukan sebab mahu perhatian ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin Abang Bas berniat baik”... Uyaina Arshad tak setuju kanak-kanak jadi ‘content’ media sosial, bimbang terdedah jenayah "Jawapan saya mudah, kerja dia bawa bas, jadi bawa bas sahaja. Tugas dia tak termasuk rakam anak orang semasa memandu. "Dan (teguran) ini saya tujukan untuk guru, doktor, jururawat, makcik kantin, abang janitor dan semua. "Awak nak rakan siput, tidak mengapa. Anak orang jangan!," jelasnya. Sebelum ini, Uyaina meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan pemandu bas berkenaan yang merakam video pelajar sekolah. Uyaina berkongsi pendapatnya berkenaan isu tersebut sebelum ini. Jelasnya, perbuatan itu dikhuatiri boleh menyumbang kepada jenayah melibatkan kanak-kanak. Pada pagi Jumaat, pemandu bas berkenaan ditahan polis dan sedang direman selama lima hari sehingga 10 September ini bagi membantu siasatan. Orang ramai meluahkan rasa bimbang terhadap kandungan yang dimuat naik pemandu bas berkenaan di media sosial. Ini termasuk kapsyen seperti 'hari ini crush kita buat 'homework' yang digunakan pemandu bas tersebut, dianggap tidak bersesuaian untuk ditujukan kepada murid sekolah rendah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!