suria

“Kami, 11 tahun kemudian...” - Raysha Rizrose umum hamil anak pertama

Rasya bakal bergelar ibu tidak lama lagi.

LEBIH setahun mendirikan rumah tangga, pelakon Raysha Rizrose berkongsi khabar gembira apabila dia kini sedang berbadan dua.

Berita gembira itu dikongsi Raysha atau Farza Naquraisha Mohd Fariz, 28, menerusi Instagram miliknya pada Sabtu.

"Kami, 11 tahun kemudian," katanya.

Copy of Untitled - 2024-09-07T142504.539

Raysha berkongsi momen indan tersebut menerusi hantaran di Instagram.

Difahamkan, 11 tahun itu merupakan usia perkenalan mereka sebelum mendirikan rumah tangga.

Menerusi video tersebut, Raysha bersama suaminya iaitu pelumba kereta Formula 2 (F2) Nabil Jeffri, 31, dilihat sedang berjalan berpegangan tangan di persisiran pantai.

Apa yang menarik perhatian, pelakon itu turut mempamerkan bahagian perutnya atau baby bump.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Genap 2 bulan bertunang, Raysha Rizrose sah bergelar isteri pelumba F2 Nabil Jeffri

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Suami Syasya rupanya kawan baik abang, barang kemas RM5 juta curi perhatian

Rata-rata netizen terkejut dan sebak mendengar khabar gembira itu.

Bagaimanapun, Raysha tidak mendedah butiran lanjut mengenai kandungannya termasuk usia kandungan ketika ini.

Untuk rekod, Raysha dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 22 Februari 2023 selepas dua bulan bertunang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain