suria

Penyanyi Reedzwann kemalangan, rakan maut di tempat kejadian

Reedzwann dan mangsa dalam perjalanan ke Puchong, Selangor.

PENYANYI Reedzwann terselamat dalam kemalangan jalan raya apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya berlanggar dengan sebuah lori di kilometer 363.8 di Lebuhraya utara Selatan arah selatan dekat Trolak pada Sabtu.

Bagaimanapun, rakan Reedzwann atau Muhammad Khairol Ridhuan Khairol Husni, 24, yang juga penumpang hadapan MPV jenis Nissan Serena, Nuraisyatul Humairah Mohd Radzi, 20, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, Reedzwann bersama mangsa sedang dalam perjalanan dari Jelutong, Pulau Pinang menuju ke Puchong, Selangor.

Copy of Untitled - 2024-09-07T151846.042

Rakan Reedzwann maut di tempat kejadian.

"Siasatan awal mendapati MPV terbabit cuba mengelak lori jenis Hino Rigid yang berada dihadapannya lalu melanggar bahagian belakang kanan kenderaan terbabit.

"Akibat perlanggaran tersebut, kedua-dua kenderaan telah terpusing dan terbabas. Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Shaza Bae terlibat kemalangan, terkejut kereta dipandu wanita hamil berpusing sebelum terbabas

ARTIKEL BERKAITAN: Air mata Aya Amiruddin buat ramai panik, menangis bukan sebab kemalangan tapi rindu arwah ibu bapa... “Saya tiada sesiapa di dunia ini”

Menurut Hasni lagi, dua kelindan lori berusia 20 dan 27 tahun mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan lanjut.

"Mayat mangsa dihantar ke hospital sama untuk dibedah siasat manakala pemandu MPV dan pemandu lori berusia 43 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain