suria

Dalam bangga ada sayu anak buat MyKad, Catriona Ross imbau perjalanan besarkan Jammal - “Masa dilaburkan untuknya sangat berbaloi”

Catrion merasakan perjalanan membesarkan Jammal berbaloi.

DALAM bangga, terbit rasa sayu dalam hati pelakon Catriona Ross apabila anak keduanya iaitu Jammal Al Raess sudah pun memperoleh kad pengenalan atau MyKad.

Catriona atau Norhayati Ross Bahrin Ros, 44, berkata, perkara itu mungkin biasa bagi ibu bapa lain namun baginya ia perjalanan panjang membesarkan Jammal, 12, yang juga merupakan anak istimewa.

"Bangga sudah tentu, tetapi sebenarnya perasan sayu itu sangat kuat sebab kami melalui perjalanan yang sangat panjang dengan dia.

Copy of Untitled - 2024-09-07T144917.923

Catriona berkongsi video anaknya sepanjang proses membuat MyKad sebelum ini.

"Daripada saat dia didiagnos autisme ketika usia dua tahun kemudian saya membesarkan, bawa dia pergi terapi dan menjadi tulang belakang dia selama 10 tahun.

"Dan bila dia sudah menjangkau usia 12 tahun, dan sudah boleh buat MyKad saya rasa masa yang dilaburkan untuk dia sangat berbaloi," katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.

Dalam pada itu, Catriona bersyukur proses menyiapkan MyKad berjalan lancar tanpa sebarang masalah malah orang ramai seakan mamahami keadaan anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Catriona Ross meninggal dunia di Scotland

ARTIKEL BERKAITAN: Aidilfitri bermakna buat Catriona Ross, anak autisme atasi ketakutan tempuh perjalanan panjang ke Scotland

Jelasnya, segala kerisauan dan ketakutan yang dirasakan terus hilang melihatkan kemesraan mereka melayan dan beriteraksi dengan Jammal.

"Sebagai ibu kepada anak istimewa, kerisauan saya bukan hanya tertumpu pada anak tetapi saya takut sekiranya masyarkat sekeliling terganggu dengan kehadiran anak saya.

"Saya bersyukur proses itu berjalan lancar, orang ramai seakan memahami keadaan anak saya malah mereka nampak macam tak kisah atau terganggu dengan kehadiran anak saya.

Saya rasa masa yang dilaburkan untuk dia sangat berbaloi

CATRIONA ROSS

PELAKON

"Ada yang siap bertanya dan tersenyum lihat kami malah waktu menunggu pun dipendekkan buat anak istimewa. Saya percaya apa kerisauan kita itu tak semestinya bakal terjadi," jelasnya.

Bercerita mengenai reaksi Jammal, Catriona memaklumkan anaknya begitu teruja sepanjang proses membuat MyKad.

Meskipun tidak dapat meluahkan dengan kata-kata, Catriona yakin anaknya faham dan bersedia untuk menempuh sebuah lagi fasa dalam kehidupan.

Copy of Untitled - 2024-09-07T145019.145

Catriona yakin Jammal mampu menempuh fasa baharu dalam kehidupan.

"Lagi-lagi sepanjang proses buat MyKad itu terpancar riak gembira dan teruja pada wajah dia. Itu yang buat saya makin bangga.

"Saya yakin dia tahu MyKad itu tanda bahawa dia sudah besar dan dewasa, dan saya pun setiap hari beritahu dia perkara itu," kongsinya.

Untuk rekod, Jamal disahkan menghidap autism tanpa komunikasi iaitu ketidakupayaan bertutur dan hanya boleh bercakap beberapa patah perkataan.

Catriona mendirikan rumah tangga dengan Shaharuddin Mokhtaruddin pada 26 Jun 2009 dan selain Jammal, pasangan itu turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Sephina Rania, 14 dan Edruce Riyadh, 9 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain