SELEPAS setahun mendirikan rumah tangga, pelakon Fadlan Hazim sudah bersedia bergelar seorang bapa. Fadlan atau Fadlan Hazim Anuwar, 32, berkata, dia dan isteri sedang dalam proses mencuba mendapatkan cahaya mata dan berharap impian itu akan terlaksana tidak lama lagi. "Perancangan memiliki cahaya mata memang ada malah sekarang pun saya dan isteri sedang mencuba. Insya-Allah, doa-doakan. Fadhlan berkongsi perkara itu ketika ditemui di.. "Umur saya pun dah masuk 32 tahun, jadi rasanya sedang elok kalau ada anak," katanya kepada mStar. Fadlan berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran Elitez Gym di Mont Kiara, Kuala Lumpur pada petang Sabtu. Bercakap lanjut mengenai membina keluarga, Fadlan berharap dapat memiliki dua orang cahaya mata. ARTIKEL BERKAITAN: Fadlan Hazim dah jadi suami orang, selamat disatukan dengan wanita Kazakhstan ARTIKEL BERKAITAN: Fadlan Hazim sedih keluarga isteri tak hadir pernikahan... Tiada perancangan miliki ramai anak Jelas Fadlan, dia tidak mahu mempunyai terlalu ramai anak kerana ingin memberikan kasih sayang dan perhatian lebih baik kepada dua cahaya matanya nanti. "Saya dan isteri sepakat paling maksimum pun dua orang anak sebab kalau hendak pulang ke Kazakhstan lebih mudah. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada... "Saya percaya rezeki anak tetapi kalau saya ada wang berjuta-juta sekali pun, maksimum saya tetap dua orang cahaya mata. "Saya mahu beri kasih sayang secukupnya kepada anak-anak," jelasnya. Untuk rekod, Fadlan mendirikan rumah tangga dengan Aiya Mukhamedsalova, 30, yang juga berasal dari Kazakhstan pada 16 Julai 2023. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!