suria

[V] Reedzwann dan Humairah rapat macam adik-beradik, masih trauma kemalangan ragut nyawa rakan baik - “Arwah pergi dalam keadaan sempurna”

Reedzwann dan arwah rapat seperti adik beradik.

MANGSA yang terkorban dalam nahas jalan raya bersama Reedzwann pada Sabtu bukan adik kandung penyanyi berkenaan seperti disangka sesetengah pihak.

Jelas Reedzwann atau Muhammad Khairol Ridhuan Khairol Husni, 24, hubungannya dengan mangsa iaitu Allahyarham Nuraisyatul Humairah Mohd Radzi, 20, adalah rakan baik yang sudah dianggap seperti adik sendiri.

“Saya hendak maklumkan dia (Humairah) seorang yang saya anggap seperti adik sendiri dan kami sudah berkawan sejak zaman sekolah,” katanya kepada mStar.

NP-197

Reedzwann trauma selepas alami kemalangan jalan raya.

Reedzwann berkongsi perkara itu ketika ditemui sejurus selesai pengebumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor pada petang Sabtu.

Bercerita mengenai kejadian, Reedzwann masih dalam keadaan trauma apabila mengimbau kembali kejadian tersebut.

Bagaimanapun, buat masa ini dia tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan membabitkan insiden tersebut bagi mengelak menggangu siasatan pihak berkuasa.

“Peguam minta jangan keluarkan apa-apa kenyataan buat masa ini tapi memang benar berlanggar dengan sebuah lori.

ARTIKEL BERKAITAN:Penyanyi Reedzwann kemalangan, rakan maut di tempat kejadian

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Income’ setahun Reedzwann macam gaji sebulan ketika kerja tukang masak, sampai anxiety fikir masa depan

“Saya masih trauma dan terngiang-ngiang dengan apa saya nampak.

“Masih terbayang-bayang waktu kejadian... Ia berlaku di luar jangkaan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Reedzwann memberitahu keadaan arwah dalam keadaan sempurna tanpa sebarang kesan luka teruk walaupun kereta remuk.

Saya masih trauma dan terngiang-ngiang dengan apa saya nampak.

REEDZWANN

PENYANYI

Bersyukur urusan pengebumian berjalan lancar, Reedzwann menyifatkan pemergian Allahyarham kehilangan besar buat kerana Humairah penyokong terbesarnya.

“Arwah dalam keadaan sempurna malah ibu saya yang datang membantu ketika proses mengkhafankan jenazah beritahu dia seperti tidur dan cuma ada luka-luka ringan sahaja.

“Saya kehilangan orang yang selalu menyokong saya dalam industri,” katanya.

553-5

Kes kemalangan jalan raya Reedzwann masih dalam siasatan pihak polis.

Akibat kejadian itu, arwah maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, Reedzwann bersama mangsa sedang dalam perjalanan dari Jelutong, Pulau Pinang menuju ke Puchong, Selangor.

Kejadian tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain