suria

Wujud agamawan ‘tunggang’ agama demi wang, Amin Idris minta henti selindung di sebalik nama NGO

Amin sarankan ahli agamawan lakukan perniagaan sebenar daripada terlibat bisnes minta sumbangan awam.

TREND segelintir agamawan mewujudkan badan bukan kerajaan (NGO) bagi mengutip derma patut dihentikan dengan segera.

Penceramah motivasi Amin Idris, 43, sebaliknya menasihatkan agar golongan ini tampil dengan perniagaan sebenar dan bukan semata-mata mengharapkan kutipan derma dan mengambil komisyen daripadanya.

Jelas Amin, cara itu boleh mengelakkan fitnah terhadap agamawan yang dituduh 'menunggang' NGO dan agama demi kepentingan peribadi.

"Nasihat saya pada para agamawan, buatlah perniagaan sebenar dan elak atas nama sumbangan.

size NP 1 - 2024-09-07T103713.896

Amin saran para agamawan elak lakukan perniagaan minta sumbangan awam.

"Dalam hukum memang ada peratus boleh diambil sebagai komisyen tetapi pada kadar tertentu... Lebih baik wujudkan perniagaan yang sebenar.

"Tak perlu buat kutipan derma atas nama NGO, tak perlu 'tunggang' NGO," katanya kepada mStar.

Amin turut menjelaskan hukum seseorang menggunakan agama demi meraih pendapatan dan keuntungan adalah berdosa di sisi agama Islam.

Cara itu juga kata Amin boleh menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan kepada amalan sedekah apabila semakin ramai berselindung di sebalik agama untuk meraih keuntungan menerusi derma.

ARTIKEL BERKAITAN: Masyarakat mula hilang kepercayaan, kes Da’i Syed ‘wake up call’ buat pendakwah

ARTIKEL BERKAITAN: Isu majlis buka puasa langgar SOP, Amin Idris cerita keadaan sebenar... tak salahkan influencer punca viral

Justeru pesan Amin, orang ramai sepatutnya menyiasat latar belakang sesebuah NGO sebelum menderma bagi mengelak ditipu.

"Pertamanya ikut hukum memang berdosa dan salah. Kedua agamawan atau bukan, NGO ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan agama.

"Jangan kerana tindak tanduk segelintir pihak membuatkan orang mula tak percaya dengan amalan sedekah. Lebih parah masyarakat tak percaya lagi pada agamawan," jelasnya.

size NP 1 - 2024-09-07T103728.127

Amin mahu elak orang ramai hilang percaya amalan sedekah.

Menyentuh soal ditipu, Amin memberitahu wajahnya sering digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk mengutip derma.

Malah ada dalam kalangan mangsa terpedaya sehingga mengalami kerugian puluhan ribuan ringgit hanya kerana percaya dengan 'agamawan'.

"Gambar saya banyak digunakan sampai ada mangsa yang hilang berpuluh ribu ringgit.

"Masyarakat kita ini memang percaya pada orang agama, jadi janganlah hilangkan kepercayaan mereka," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain